
Dua suspek ditahan berusia antara 41 dan 46 tahun ditahan di Krubong, Melaka dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menjalankan aktiviti penyeludupan minyak diesel bersubsidi. Kegiatan mereka berjaya di bongkar oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) melalui ‘Ops Tiris’ yang dijalankan sejak 1 Mac 2023 yang lalu. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melancarkan ‘Ops Tiris’ bagi memastikan pelaksanaan subsidi diesel sampai kepada penerima yang layak dan tidak mengalami ketirisan seperti penyeledupan minyak diesel yang sering berlaku kebelakangan ini. Diesel bersubsidi dijual di stesen minyak pada harga kawalan iaitu RM2.15 seliter dan kerana faktor harga yang murah dan bekalan yang mudah diperolehi serta permintaan yang tinggi untuk kegunaan domestik dan eksport maka diesel bersubsidi terdedah dengan risiko ketirisan yang tinggi.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, ‘sindeket itu turut menggunakan modus operandi lama iaitu lori-lori kecil akan membeli minyak daripada stesen minyak sekitar negeri ini kemudiannya memindahkan minyak ke sebuah lori tangki yang kemudian menjualnya semula ke kawasan kilang pada harga yang lebih murah dari harga pasaran’ Norena juga memberitahu bahawa tangkapan kali ini merupakan tangkapan kali pertama yang melibatkan lori tangki berdaftar. Hasil operasi kali ini sebanyak 60,400 liter minyak, lori tangki dan alatan pam bernilai sekitar RM300,000 telah dirampas.
Norena Jaafar pernah memberi amaran keras kepada semua sindiket-sindiket atau bakal-bakal sindiket ini dan katanya, “tolong jangan menyeludup minyak diesel sebab kami akan sentiasa berada di lapangan untuk memastikan tiada penyeludupan bisa berlaku especially di negeri Melaka.” Amaran diberi susulan aktiviti sindiket penyeludupan itu yang dilaporkan aktif di beberapa negeri.
Terdahulu sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mendakwa bahawa berlaku ketirisan subsidi diesel yang berjumlah hampir RM10 bilion sepanjang tahun 2022 ketika membentangkan Belanjawan 2023 yang lalu.
Note: Jumlah subsidi bahan bakar adalah paling tinggi berbanding tahun 2021 iaitu sebanyak RM13.2bilion; RM1.6 bilion pada tahun 2020, RM6.1 bilion pada tahun 2019 dan RM7.4 bilion pada tahun 2018.
#PrezCom