
Ketua Menteri Melaka Ke-13, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini mengotakan janjinya apabila melantik Seah Shoo Chin (PH-DAP) sebagai salah seorang daripada Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) kerajaan Negeri Melaka yang baharu. Terdahlu sebelum ini Datuk Ab Rauf Yusoh berjanji akan memastika barisan EXCO yang dibentuk kali ini adalah lebih inkulsif dan mencerminkan Kerajaan Perpaduan.
Pada jam 8 pagi tadi, kerajaan Negeri Melaka membariskan barisan Jawatakkuasa Eksekutif yang baharu yang mengangkat sumpah dihadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam. Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu menyertai barisan EXCO dan dua (2) orang digugurkan.
Tiga (3) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baharu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang (PH-DAP), Seah Shoo Chin dilantik sebagai EXCO Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infstruktur, Kemudahan Awam dan Pengankutan
Dua (2) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Di gugurkan
Selain dari ADUN baharu yang dilantik, dua Ahli Dewan Undangan Negeri dari barisan EXCO sebelum ini digugurkan dan mereka adalah:
ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan
ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar
Selain Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang juga memegang portfolio sebagai EXCO Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET. 10 lagi Barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka yang baharu adalah seperti berikut.
YB DATUK RAIS BIN DATUK WIRA YASIN
EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana
YB DATUK ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN
EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya
YB DR. MUHAMAD AKMAL BIN SALEH
EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan
YB TUAN FAIRUL NIZAM BIN ROSLAN
EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital
YB DATUK HAJAH KALSOM BIN NORDIN
EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti
YB TUAN P. SHANMUGAM A/L PITCHAY
EXCO Belia, Sukan dan NGO
YB TUAN NGWE HEE SEM
EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan
YB DATUK HAMEED BIN MYTHEEN KUNJU BASHEER
EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan
YB TUAN SEAH SHOO SHIN
EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna
YB DATUK RAHMAD BIN MARIMAN
EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama
Datuk Seri Datuk Seri Ab Rauf Yusof berkata, kerajaan Negeri Melaka akan mewujudkan semula jawatan Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memantapkan lagi struktur pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang baharu di bentuk itu.
#PrezCom