Al-Sultan

Daulat Tuanku,

Merafak Sembah & Menjunjung Kasih

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), hari ini.

Mengiringi keberangkatan tiba ialah Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan isteri, YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Abdul Rahman; YB Datuk Wira Zaidi Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.

Ketibaan Seri Paduka adalah sempena Majlis Santapan Berbuka Puasa Negeri Melaka pada hari ini 5 April 2023 bersamaan 14 Ramadan 1444H (Rabu).

#DaulatTuanku
#PrezCom