
Kuala Lumpur, 28 Okt 2024, 12.00 tengahari – TULAR di media sosial mengenai kisah seorang guru duka lara iaituĀ Izzudin Izhar atau cik gu Din yang telah diuji dengan masalah kesihatan isterinya seorang pesakit kanser tahap empat dan kesihatan diri sendiriĀ apabila beliau pula disahkan menghadapi tekanan mental atau major depressive disorder (MDD) dan memerlukan rawatan. Terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Tinggi yang meluluskan cuti guru berkenaan untuk bersama-bersama isteri yang sedang diuji dengan penyakit kronik itu.
Difahamkan cik gu Din akan ditempatkan disekolah berhampiran yang bertujuan untuk memastikan beliau dapat bersama-sama dengan isterinya didalam tempoh yang amat sukar ini bagi memudahkan pergerakannya untuk ke sekolah dan ke tempat rawatan isterinya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang berusaha dan memberi perhatian serius terhadap masalah guru berkenaan dan keluarga beliau.
KPM dan seluruh warga maya mendoakan kesembuhan isteri guru berkenaan agar kembali pulih seperti biasa. Pada masa yang sama. KPM akan memastikan kebajikan guru berkenaan dan keluarga terpelihara dan mencuba sedaya upaya untuk memudah setiap urusan beliau. Cik gu din dikatakan berulang alik dari Sarawak ke Kelantan setiap dua minggu sekali dan akhirnya beliau pula disahkan menghadapi tekanan mental atau major depressive disorder (MDD) dan memerlukan rawatan. Keadaan ini mungkin disebabkan terlalu letih dan terlalu banyak berfikir untuk cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: