
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua hari ini memgumumkan inisiatif tambahan baharu dalam Belanjawan 2023 yang melibatkan inisiatif melanjutkan perlepasan cukai individu dan berkaitan peruntukan kredit perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) serta inisiatif melibatkan bantuan Aidilfitri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam pembentangan itu berkata berkata. “Memandangkan keadaan hidup rakyat miskin ini masih terasa dan dengan Ramadhan dan Aidilfitri saya teliti, saya minta kementerian kewangan untuk telisi dimana kohot yang tidak perolehi menafaat dari pengumuman-penguman yang dibuat sebelum ini …, saya lihat masih ada masalah maka saya bersetuju untuk menyalurkan bantuan….”
Antara yang diumumkan adalah:
- Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 lagi kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan. (menelan belanja RM170 juta)
- Penangguhan bayaran balik untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,800 sebulan
- Perlepasan cukai individu sehingga RM8,000 bagi pencarum Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di lanjutkan sehingga tahun 2024
- Duit raya / saguhati sebanyak RM300 kepada sukarelawan dan ini termasuk sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam, Sukarelawan Polis dan Bomba
- Memperluas sasaran Syarikat Jaminan Kredit Prumahan (SJKP) kepada golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap bagi memiliki kediaman pertama terutama kepada golongan B40 dan M40
- Pengisian jawatan perkhidmatan awam dan sektor kritikal khususnya bidang kesihatan dan pendidikan (budget tambahan RM800 juta)
Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong didalam posting Facebooknya ketika menyentuh tentang isu ini berkata, katanya; “Kerajan ini bukan maksum, tetapi kita punya PM yang sentiasa terbuka untuk dengar dan utamakan kepentingan rakyat dan paling penting, cepat bertindak.”
#PrezCom
#JanganKataPMXTakPayung