Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di hentam teruk oleh netizen apabila beliau membuat ciapan pertanyaan di akaun twitter miliknya tentang komposisi orang muslim yang kurang didalam menggangotai Ahli Panel Berkepakaran atau Panel of Expert (POE) yang ditubuhkan oleh Kemnterian Pembangunan Kerjaan Tempatan (KPKT) di bawah Nga Kor Ming (PH-DAP). Dr. Mohd Asri yang hanya bertanyakan soalan, “Nampaknya masyarakat muslim negara kita ini kekurangan pakar dalam bidang ini. Benarkah begitu?” telah mendapat reaksi negatif dari netizen terutamanya orang Melayu sendiri.

Terdahulu, seramai 28 orang PEO telah dilantik oleh KPKT yang dikatakan berkepakaran atau merupakan invividu serta pemain industri yang dilantik berdasarkan kepakaran dan pengalaman berkaitan sektor Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kemampanan Bandar, Pengurusan Sisa Pepejal serta Perkhidmatan Kebombaan di Malaysia sepertimana fungsi dan peranan KPKT. Mereka terdiri dari 15 orang berbangsa Cina, 10 orang berbangsa Melayu dan 3 orang berbangsa India.

Di dalam ciapannya itu Dr. Mohd Asri dengan jelas bertanyakan dan menyatakan keperihatinannya tentang kepakaran orang muslim dan bukannya komposisi bangsa Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa. Pertanyaan beliau juga jelas menunjukkan yang beliau cakna terhadap peradaban ilmu dan keperluan ilmu terutama didalam bidang-bidang binaan, pengurusan bandar dan kesejahteraan bandar terutama bagi orang Islam kerana negara kita mempunyai komposisi penganut agama Islam yang paling tinggi setakat ini dan sudah tentu ada keperluan-keperluan khusus yang perlu dititik beratkan sebagai pembangunan yang lebih inkulsif.

Mungkin kebenaran dan keperihatinan Tun Dr. Mahathir menyatakan nasib orang Melayu ada benarnya apabila beliau menyatakan, katanya; “Sekarang orang Melayu yang rancang melancarkan proklamasi (pengisytiharan) berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak di benarkan. Proklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis. Jika orang Melayu tidak dibenar bincang masalah orang Melayu dan tidak boleh sentuh kaum lain, tidak pun boleh bincang akan ajaran agama Islam, maka akan terhapuslah kebebasan bersuara orang Melayu.”

#PrezCom