
Kuala Lumpur, 07 Okt 2024, 11,00 malam – HARI ini, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi United States Artificial Intelligences Institute (USAII). Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada TVET negara mengadakan kerjasama memandangkan ianya berpotensi untuk mempertingkatkan kualiti dan untuk melihat keberkesanan pendidikan teknikal dan vokasional di Malaysia.
Perwakilan dari delegasi USAII terdiri daripada Timbalan Presiden Persatuan Pendidikan dan Latihan Vokasional Kebangsaan (IVETA), YBhg. Ts. Dato’ Sri Ganes Palaniapan yang juga merupakan Pengasas SG TVET GROUP serta Ketua Pegawai Eksekutif USAII, Dr. Milton Mattox.
Perkara yang dibincangkan adalah mengenai apakah keperluan sumber tenaga kerja TVET yang boleh memenuhi keperluan industri masa kini dan bagaimanakah perkembangan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dicapai sepanjang berbagai program dijalankan.
Antara lain yang disentuh dalam perbincangan adalah, peluang kerjasama antara institusi pendidikan bersama industri serta kualiti dan keberkesanan latihan yang diberikan kepada pelajar.