Di dalam pembentangan belanjawan 2023 yang di umumkan February lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitril sebagai salah satu langkah prihatin kerajaan bagi mengenang dan menghargai jasa penjawat awam serta bagi meringankan beban kewangan mereka didalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Hari ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, berkata Penjawat awam dan Persara akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM700 yang dibayar kepada penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April, manakala RM350 kepada pesara. Tahun ini, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai / kakitangan lantikan kontrak. Di Samping itu, BKKA turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan ( pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP_, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen) dengan bayaran sebanyak RM350.00

Selaras dengan keputusan dan pengumuman tersebut diatas antara yang layak dan tidak layak menerima BKKA Tahun 2023 mengikut surat Edaran JPA bertarikh 23 Mac 2023 dengan nombor rujukan JPA.800-3/2/4(24)adalah seperti berikut:

1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 April 2023

2. pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang layak tersebut merupakan:
a) pegawai lantikan tetap, sementara dan ‘Contract of Service (COS)’
b) pegawai yang bercuti bergaji penuh
c) pegawai yang bercuti separuh gaji
e) pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
d) pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. BKKA Tahun 2023 ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

BKKA turut di bayar kepada:

e) pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 17 April 2023 dan telah dilantik sebelum 17 April 2023;
f) guru interim;
g) pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
h) pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

3. BKKA bagi Pesara:

a) bagi pesara kerajaan yang sedang menerima pencen termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara KWSP yang bersara di bawah undang-undang pencen serta persara KWSP yagn bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan paksa (55/56/58/60 tahun) atau bersara Atas Sebab Kesihatan (ASK) pada atau sebelum 17 April 2023 akan dibayar sebanyak RM350.oo oleh Jawatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala veteren berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)

b) pesara danv vetern yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 layak dibayar sebanyak RM700.00. Pembayaran sebanyak RM350.00 akan dibyat oleh JPA/JHEV dan bakinya sebanyak RM350.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat

c) Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 17 April 2023 layak di beri BKKA Tahun 2023 sebanyak RM700.00

4. Sementera itu bagi mereka yang tidak layak adalah seperti dibawah:

a) pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang mamengku, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas;
b) pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023;
c) pegawai yang ditamatkan pekhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023
d) pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 17 April 2023; dan
e) pegawan berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Di asingkan Saraan (BBDS)

BKKA tahun 2023 akan dibayar pada 17 April 2023 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawi berkhidmat pada tarikh pembayaran.

Segala keterangan dan maklumat lanjut mengenai BBKA bolehlah dirujuk terus dengan melayari ‘Soalan Lazim’ di portal Jabatan Perkhidmatan Awam di sini. (https://docs.jpa.gov.my/docs/se/2023/se23032023_faq.pdf)

#PrezCom