Kuala Lumpur, 23 Mac 2023 03:36pm. Sesi Persidangan Dewan Rakyat 23 Mac 2023 pada Sesi Pagi hari ini menarik perhatian Dewan apabila soalan mengenai cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di bangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar). Soalan ini di ajukan kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ketika Sesi Soal Jawab Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15. Syed Saddiq bertanya, soalannya: “Nyatakan berdasarkan cadangan yang timbul baru-baru ini untuk mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berbayar kepada golongan yang berkempampuan, mohon Menteri jelaskan: (1) apakah proses dan sumber pendanaan untuk membina MRSM berbayar ini dan bilakan ia akan dilaksanakan dan (2) bagaimana proses kemasukan pelajar untuk sekolah MRSM berbayar ini?

Sebelum terus menjawab pertanyaan yang diajukan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid telah memberikan gambaran sebenar perihal kenapa kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ingin mewujudkan MRSM berbayar dan antara lain ianya adalah disebabkan permintaan untuk memasuki MRSM melebihi tahap 300% dan apabila kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) di buat didapati pelajar-pelajar yang layak dari segi akademik tidak dapat diterima kerana tidak layak dari segi ‘bracket’ pendapatan ibu bapa mereka terutama kumpulan T20 dan M40 dan ini kerana MARA memberikan keutamaan kepada golongan B40 sebagai salah satu syarat kemasukan ke MRSM. Beliau juga menambah bahawa terdapat terlalu banyak permintaan daripada Alumnai MRSM yang telah menjadi ibu bapa yang mahu anak-anak mereka masuk ke MRSM tetapi tidak layak. Maka MARA membuka ruang seluas-luasnya untuk mereka memasuki MRSM tanpa berkompromi dari segi kualiti dan kelulusan minimum akademik.

Bagi menjawab soalan lain yang ditanyakan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata, “MRSM berbayar tidak akan didirikan di atas tanah MARA yang dikhususkan untuk menafaatkan rakyat miskin dan pelan futuristik yang sedang disusun atur MARA itu tidak akan menggunakan peruntukan kerajaan dan akan akan hanya menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (Public Funding Initiative) serta kerjasama dengan institusi kewangan.” Beliau sangat yakin kaedah ini boleh dilaksanakan bedasarkan pengalaman peribadi beliau menubuhkan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab yang tidak sesen pun menggunakan peruntukan kerajaan dan sekolah ini telahpun berjalan selama 11 tahun.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menyatakan kerisauan dan bertanyakan soalan tambahan berkenaan kos tambahan dan tersembunyi seperti kos bulanan yang terus meningkat dan kos pembelian baju bagi setiap program terutama apabila pihak komperasi (KOOP) menaikkan harga sehingga 200 peratus yang menyebabkan ada anak-anak B40 terpaksa dikeluarkan daripada MRSM kerana tidak dapat menanggung kos-kos ini. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berkata beliau akan bertemu pengerusi-pengerusi muafakat persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) MRSM agar anak-anak kumpulan B40 ini tidak terbeban.

#PrezCom