Bertapa Ruginya Malaysia Tanpa GST.
GST sebenarnya membantu mengurangkan ketirisan akibat penguncupan ekonomi gelap bernilai RM300 bilion setahun. Bertapa Ruginya Malaysia tanpa GST. Pengenalan semula SST telah mengakibatkan kenaikan harga barang dengan ketara.

Kuala Lumpur, 03 Okt 2024, 11,00 malam – PADA tahun 2015, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, telah memperkenalkan cukai GST iaitu cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015 pada kadar enam peratus untuk  menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Namun, cukai tersebut telah dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2018.

Tujuan utama bagi perlaksanaan GST adalah untuk membantu mengurangkan ketirisan akibat penguncupan ekonomi gelap bernilai RM300 bilion setahun. Diantara peranan lain yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negara adalah mampu mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin.

Pungutan cukai GST dilihat lebih besar berikutan sistem percukaian yang digunakan lebih menyeluruh iaitu dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat, berbanding SST yang bersifat cukai seperingkat dan dikenakan ke atas pihak pengilang.

Apabila cukai SST Diperkenalkan semula untuk menggantikan GST, harga barangan asas didapati naik begitu mendadak. Pemansuhan GST pada 2018 telah menyaksikan enam cukai baharu, dan tiga kenaikan cukai, yang sebenar-benarnya membebankan rakyat.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, ketika pelaksanaan GST, pungutan cukai GST sebanyak RM44 bilion setahun GST menjana RM44 bilion, membentuk kira-kira 2.8 peratus daripada KDNK  pada tahun 2017 dan total ketika pelaksanaannya ialah RM133.1 bilion, manakala cukai SST hanya menyumbang RM31 bilion hasil cukai, iaitu kekurangan RM19 bilion, lebih kurang RM21 bilion setahun.
Disini dapat dilihat dengan jelas bahawa keputusan kerajaan terdahulu memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ini amat merugikan kerana ia ternyata telah menjejaskan pendapatan negara. Pelaksanaan GST dapat menangani masalah ekonomi masyarakat serta membendung kenaikan harga yang keterlaluan.
Menerusi pelaksanaan GST, barangan yang dikenakan cukai adalah sebanyak 12,000 jenis barang, manakala SST pula hanya 6,000 barang. Pelaksanaan GST ini juga dianggap efisyen apabila sebanyak 597,000 syarikat yang berdaftar untuk menggunakan sistem percukaian ini manakala pendaftaraan untuk SST hanya melibatkan 46,519 sahaja.
Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Apruva Sanghi, Kemampuan negara untuk menjana lebihan RM19 bilion hasil cukai jika negara melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)pada tahun sebelum itu dan bukannya melalui Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diguna pakai kini.
Walau bagaimanapun, untuk kembali memperkenalkan sistem GST ini, memerlukan pandangan dari semua pihak termasuk masyarakat. Ini amat penting kerana tidak mahu menimbulkankan kekeliruan kepada rakyat seperti mana yang berlaku sewaktu sistem itu dilaksanakan di waktu pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dahulu.
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, kerajaan terbuka untuk meneroka sebarang jalan untuk meluaskan asas cukainya, termasuk memperkenalkan semula GST. Namun, buat masa ini, kerajaan akan memberi tumpuan untuk membangunkan serta memperkenalkan cukai keuntungan modal pada 2024.
Sekiranya GST mendapat persetujuan dari Kerajaan Perpaduan untuk dilaksanakan semula, faktor paling penting untuk dilakukan adalah memberi kefahaman dengan jelas kepada rakyat tentang bagaimana sistem cukai itu dijalankan dari peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir pelaksanaannya.
Perlunya rakyat memahami bahawa GST adalah sistem cukai yang efisyen, telus dan mampu membendung berbagai ketirisan yang merugikan negara. Dengan pelaksanaan GST, pendapatan negara akan bertambah, justeru itu, ekonomi akan bertambah mantap dan harga barangan keperluan asas akan dapat dikawal dan tidak membebankan rakyat.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :