
Kuala Lumpur, 21 Mac 2023 02:44pm. Terdahlu sebelum ini Perdana Menteri sewaktu mengulas isu pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata, “pengeluaran wang KWSP juga akan memberikan kesan kepada pelaburan negara, saya boleh popular dan membenarkan pengeluaran KWSP, tetapi adakah seorang yang bertanggujawab boleh berbuat demikian, sebab itu kita kena cari jalan lain dengan menambah bonus, elaun dan bantuan kepada pekebun serta nelayan,..”, katanya di pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sewaktu sesi soal jawab terbuka bersama belia di program Youth Empowerment Fair 2023.
Hari ini sewaktu sesi waktu Pertanyaan-Pertanaan Menteri (MQT) cadangan untuk membolehkan pencarum membuat pinjaman bank dengan cagaran wang Kumpulan Wang Simpaan Pekerja (KWSP) terus dibangkitkan dan menjadi tumpuan Dewan Rakyat. Datuk Haji Muslimin Yahya, Ahli Perlimen Sungai Besar bertanyakan kepada Perdana Menteri mengenai justifikasi cadangan itu dan kadar faedah yang dikenakan kepada pencarum yang layak di pertimbangkan untuk skim berkenaan.
Perdana Menteri memberitahu pengeluaran KWSP tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP dan perkara itu sudah dirujuk dengan penasihat undang-undang KWSP dan peguam negara. Walaubagimanapun dari sudut jaminan kepentingan peminjam dipelihara umpamanya dividen akan diteruskan dan diberikan sepenuh ikut kumpulan asal jadi tidak di potong (dividen), jadi pulangan itu dapat diperolehi. Perdana Meneri juga memberitahu sekiranya ada sejumlah kecil peminjam yang gagal membayar pinjaman, ia tidak akan memberikan mengesankan parah kerana jumlah induk dan dividen telah di tambah, risikonya sangat minima.
Menjawab soalan spesifik berkenaan kadar faedah pula, Perdana Menteri berkata “kita akan menggunakan instrumen kewangan islam dengan kos perkhidmatan yang minima tetapi tidak mengukur dari segi faedah bank konvensional walaupun kita tidak menghalang kalau ada ahli-ahli non-muslim yang memilih untuk meminjam menggunakan mengikut kaedah konvensional tetapi KWSP meminta ahli-ahli menggunakan kaedah pinjaman Islam dengan kadar faedah paling minima dan tentunya lebih rendah dari kadar faedah pinjaman pasaran. Perdana Menteri juga menjelaskan bahawa akaun dua (2) ini masih boleh dimenafaatkan untuk pinjaman pendidikan, hospital, haji dan lain-lain kerana itu tidak di ubah.
#PrezCom