Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan Kenyataan Media kemungkinan akan berlakunya ‘Ribut Petir, Hujan Lebat dan Angin Kencang’ berikutan fasa Peralihan Monsun yang dijangka akan bermula pada 23 Mac 2023 dan berterusan sehingga pertengahan Mei 2023. MET Malaysia mengeluarkan amaran apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau berlaku melebihi sejam.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata: “Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir, lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang pada masa yang singkat. Kejadian ini berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Antara kawasan yang akan terkesan dengan amaran ini adalah:
1.Negeri Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu)
2. Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)
3. Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Hilir Perak)
4. Pahang (Jerantut dan Maran)
5. Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang)
6. WP Putrajaya • Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson)
7. Melaka
8. Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian)
9. Sarawak: Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang
10.Sabah: Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod dan Telupid) sehingga 7:00 malam; Isnin, 20 Mac 2023.

Sementra itu menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali sewaktu sidang media selepas menerima sumbangan Tabung Bantuan Bencara Negara (TBBN) dari FGV HOldings Bhd (FGV), secara kumulatifnya, sejak Monsun Timur Laut (MTL) melanda pada awal November lalu seramai 25,635 keluarga telah terkesan dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan jumlah mangsa dipindahkan seramai 92,157 orang melibatkan 11 negeri.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang boleh di ikuti secara atas talian di lamana web rasmi Jabatan Meterologi Malaysia di (https://www.met.gov.my/) atau memuat turun aplikasi myCuaca di ‘App Store’ dan ‘Play Store’ di ( https://www.met.gov.my/info/mycuaca/). myCuaca adalah aplikasi mudah alih MET Malaysia yang berperanan sebagai platform penyampai maklumat dan amaran kepada orang awam yang boleh dimuat turun secara percuma dan antara maklumat yang boleh diperolehi meliputi maklumat dan amaran cuaca, ramalan cuaca harian, imej gema radar bagi cuaca semasa dan image satelit terkini, gempa bumi dan tsunami. Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan MET Malaysia di talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

PS: Jangan Ambil Mudah, Sebarkan dan Maklumkan.

#PrezCom