
Sidang Dewan Rakyat 16 Mac 2023 hari ini juga memberikan fokus kepada pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) bagi memperbaiki aspek keselamatan digital untuk keperluaan kegunaan masa hadapan. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) (1998) telah digubal pada 1 April 1999, sementara itu Akta Telekomunikasi (1950) dan Akta Penyiaran (1998) telah dibatalkan. Pada masa Akta ini diwujudkan peranan utama SKMM adalah bagi mengawal selia peraturan industri serta menyelia rangka kerja kawalan selia baru yang bertumpu kearah industri telekomunikasi, penyiaran dan aktiviti-aktiviti dalam talian. Kini Akta 588 yang sudah digunapakai dan tidak pernah dipinda sejak 25 tahun dahulu mendapat perhatian perwakilan dari Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen dan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching), meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan hasrat Kementerian untuk meminda peruntukan Seksyen 233 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) untuk memastikan ia tidak disalahgunakan sementara Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) pula membangkitkan soalan tambahan berkenaan ‘semak dan imbang terhadap isu-isu politik’ yang dikeluarkan pemimpin politik.
Bagi menjawab soalan Dr. Kelvin Yii Lee Kuan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, katanya “Kementerian Komunikasi dan Digital serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang pada waktu ini mengkaji pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana pendekatan secara menyeluruh akan mengambil kira semua peruntukan semua undang-undang sedia-ada juga memastikan bahawa sebarang hukuman adalah efektif dan tiada usul pengainaya. Antara cadangan pindaan yang dikemukakan oleh SKMM tetapi belum lagi diputuskan dan masih lagi dalam perbincangaan termasuklah cadangan pindaan kepada seksyen 233, Akta 588 pada umumnya adalah bagi menangani penyalahgunaan kemudahan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi termasuk platform media sosial bagi tujuan penyebaran kandungan yang bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, mengainaya, mengugut atau menggangu orang lain.”
Fahmi Fadzil juga menambah, katanya: “Dari Jan 2009 hingga 31 Jan 2023, jumlah aduan yang telah diterima oleh SKMM berdasarkan elemen hantaran adalah 2804 aduan dan daripada jumlah itu 1625 (57.9 peratus) adalah aduan tentang kandungan yang bersifat lucah, maklumat palsu sebanyak 564 (20.1 peratus), dan kandungan jelek sebanyak 541 (19.2 peratus). Bedasarkan angaka ini lebih 80 peratus daripada aduan yang diterima adalah bukan aduan yang bersifat jelik, malah majoritinya adalah kandungan bersifat lucah jadi secara amnya akta ini tidak disalah gunakan.
Sementara itu bagi menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Fahmi Fadzil berkata, katanya; “kita ada platform-platform yang disediakan dan pihak kerajaan dari masa ke semasa akan meneliti cadangan-cadangan supaya rakyat menjadi lebih bijak, lebih cakna, lebih prihatin dan lebih faham dan fasih tentang demokrasi.” Fahmi Fazil juga menganjurkan supaya Ahli parlimen menggunakan platform-platform sedia ada seperti sebernanya.my yang menjelaskan dan memperbetulkan tentang maklumat palsu atau platform mycheck.my yang boleh digunakan untuk mengesahkan sesuatu perkara yang disampaikan itu betul ataupun tidak”.
Pada Mac 2020 Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), sebuah agensi berita negara membuat inisiatif menubuhkan sebuah protal mycheck.my bagi membuat semakan fakta dengan tujuan membentras maklumat palsu terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia, sementara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia membangunkan portal sebenarnya.my sebagai pusat sehenti bagi membuat semakan kesahihan maklumat yang diterima. Orang ramai diminta membuat semakan tentang fakta atau maklumat terlebih dahulu sebelum berkongsi di mana-mana platform digital dan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peruntukan Akta 588 atau keraguan maka aduan boleh dibuat dan disalurkan terus kepada pihak MCMC menerusi laman sesawang https://aduan.skmm.gov.my/
Rujukan Sidang Dewan: Pindaan Akta 588
#PrezCom