
Kuala Lumpur, 8 Mac 2023 002:56pm. Kalau sebelum ini mengikut kajian yang dijalankan pada tahun 2019 terdapat lebih setengah juta penduduk di negara ini yang mengalami masalah kemurungan dan ini adalah berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS). Hari ini data baru dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa yang memberitahu Wilayah Persekutuan menduduki tempat tertinggi dengan masalah ‘Anxiety’ dan kemurungan dan antara faktor utama penyebab lonjakan kes ini adalah disebabkan kos sara hidup yang tinggi dan masalah perhubungan (tekanan dari ibu bapa, tekanan dari teman-teman).
Keyataan ini dikeluarkan apabila beliau ditanyakan oleh YB Tuan Mohd Sany bin Hamzan (Ahli Parlimen Hulu Langat) yang bertanyakan soalan tentang “Negeri manakah yang paling tinggi yang menghadapi masalah mental?” Di dalam jawapan yang diberikan Dr. Zaliha Mustafa memberitahu kenyataannya itu adalah berdasarkan dapatan dari saringan keseluruhan yang dibuat pada tahun 2022 terhadap seramai 336,900 individu.
Isu berkaitan kesihatan mental juga mendapat perhatian Kementerian Pendidikan (KPM) apabila KPM komited untuk meningkatkan akses sistem sokongan kesihatan mental kepada guru-guru di seluruh sekolah. Menurut Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan sewaktu di temu bual di Astro AWANI dalam Program 100 hari Kerajaan Perpaduan memberitahu antara penyumbang isu kesihatan mental terhadap guru-guru adalah di sebabkan duka lara, bebanan kerja dan tekanan-tekanan lain. Fadhilina Sidek juga menambah usaha mengekakang isu kesihatan mental ini tidak hanya difokuskan kepada guru-guru malah diperluaskan juga kepada murid-murid dengan penglibatan guru-guru bimbingan / kaunseling.
#PrezCom
#TekadBantuRakyat