
Perak, 4 Mac 2023 9.00pm. Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia & Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di Balairung Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar
Daulat Tuanku,
Sultan Nazrin berkenan mengurniakan kebesaran dan pingat kepada 212 orang penerima darjah kebesaran semperna hari Keputeraan KE-66 baginda di dalam istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak di Balairong Seri Istana Iskandariah di Bukit Chandan, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.
YAB, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Hj. Zahid bin Hamidi hadir merafak sembah ucapan ‘Dirgahayu Tuanku’ kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-Lah semperna sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Kami juga warga PrezCom Media ingin mengambil kesempatan mengucapkan “semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera mentadbir negeri serta rakyat jelata,” Daulat Tuanku, Ameen.
#DirgahayuTuanku
#HariKeputeraanSultanPerak
#DaulatTuanku
#PrezCom