
Kuala Lumpur, 4 Mac 2023 04:21pm. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan agihan dividen sebanyak 4.75 peratus bagi simpanan shariah dan 5.35 peratus bagi simpanan konvensional untuk tahun 2022.
Ini menjadikan jumlah pembayaran keseluruhan sebanyak RM51.14bilion dengan RM5.70 bilion untuk simpanan shariah dan RM45.44 bilion untuk bayaran simpanan konvensional yang telah memberi menafaat kepada seramai 15 juta ahli KWSP termasuk ahli sukarela yang berdaftar dengan i-Saraan.
Amir Hamzah berkata, keadaan pertumbuhan global yang lebih perlahan dengan kenaikan inflasi yang tinggi serta ketidakstabilan geopolitik merupakan faktor utama yang mempengaruhi pergerakan pasaran dan ini termasuklah krisis Amerika Syarikat dan China serta pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang telah melonjakkan harga komoditi. Walaubagaimanapun, menurut Air Hamzah, KWSP berupaya mendapat pulangan yang kompetitif kerana mempunyai portfolio pelaburan yang pelbagai yang seterusnya strategi yang sama dapat mengurangkan risiko pelaburan. Dari segi keahlian pula, tahun 2022 mencatatkan pertambahan ahli baharu seramai 635,989 orang dan ini menjadikan jumlah ahli keseluruhan meningkat kepada 15.72 juta orang.
Sementara itu kerajaan dilihat terus #TekadBantuRakyat dengan pelbagai insentif dan antaranya memperuntukkan sebanyak RM500 kepada pencarum KWSP yang mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 didalam Akaun 1 yang diumumkan sewaktu pembentangan belanjawan 2023 yang lalu.
Artikel Berkenaan
Isu KWSP: Kerajaan Tekad Bantu Rakyat
#Belanjawan2023
#KWSP
#PrezCom