Selain daripada jawatan Presiden dan Timbalan presiden yang tidak dipertandingkan hasil keputusan sebulat suara yang telah dipersetuju oleh perwakilan sewaktu Pemilihan Agung UMNO 2022 yang lalu, kehangatan bagi pemilihan jawatan-jawatan lain terus meriah dan berjalan dengan lancar semalam. 381 calon telah menghantar nama bagi menyertai pemilihan dan udian bagi mendapatkan nombor-nombor calon bagi pemilihan UMNO penggal 2023-2026 berakhir semalam di Auditorium UMNO WTC Kuala Lumpur dengan bilangan dan nama-nama calon-calon bertanding yang merebut jawatan adalah seperti berikut:

Presiden UMNO Malaysia (tidak dipertandingkan)
Timbalan Presiden UMNO Malaysia (tidak dipertandingkan)

02 Calon bertanding jawatan Pengerusi Tetap
10 calon bertanding bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap
08 calon bertanding bagi calon Naib Presiden
95 calon bertanding bagi jawatan Majlis Kerja Tertinggi

Wanita UMNO Malaysia
02 calon bertanding bagi jawatan Pengerusi Tetap
04 calon bertanding bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap
02 calon bertanding jawatan Ketua Wanita
02 calon bertanding jawatan Naib Ketua Wanita
61 calon bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa

Puteri UMNO Malaysia
02 calon bertanding bagi jawatan Pengerusi Tetap
02 calon bertanding bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap
06 calon bertanding bagi jawatan Ketua Puteri
03 calon bertanding bagi jawatan Naib Ketua Puteri
42 calon bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa

Pemuda UMNO Malaysia
07 calon bertanding bagi jawatan Pengerusi Tetap
12 calon bertanding bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap
04 calon bertanding jawatan Ketua Pemuda
04 calon bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda
113 calon bertanding jawatan AJK Pemuda

Pemilihan UMNO penggal 2023-2026 akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO. Senarai lengkap calon bersama nombor-nombor calon boleh di download di link-link seperti di bawah:

Senarai Calon: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Senarai Calon EXCO Wanita UMNO Malaysia
Senarai Calon EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Senarai Calon EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#PrezCom