Kuala Lumpur, 28 Februari 2023 04:12pm. Susulan 4 pengeluaran khas KWSP yang dibenarkan ketika penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan 71 peratus pencarum KWSP aktif yang berumur 55 tahun kebawah tidak lagi mempunyai wang cukup untuk bersara. Semalam di Parlimen, Wan Saiful Wan Jan membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai tidak memahami denyutan nadi rakyat yang semakin terhimpit apabila Perdana Menteri tidak lagi membenarkan tuntutan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’.

Wan Saiful Wan Jan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang sebelum ini di hadapkan di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan, meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu dilihat kembali aktif selepas mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Sementara itu terdahulu seblum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Median simpanan ahli KWSP semua kaum susut sebanyak 50 peratus adalah antara sebab pengeluaran tidak dibenarkan’. Beliau juga memberitahu sebanyak RM145 bilion pengeluaran telah dibuat oleh 8.1 juta pencarum melalui pengeluarang i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan pengeluarang khas dari April hingga Mei 2002 tahun lalu.

Belanjawan 2023 tidak lagi membenarkan pengeluaran seumpama itu dibuat berdasarkan impak pengeluaran yang lepas dan sebagai alternatif serta sebagai langkah membantu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 kepada pencarum KWSP berusia antara 40-54 tahun yang mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 didalam Akaun 1. Kerajaan juga telah cuba meningkatkan pendapatan boleh guna terutama bagi golongan B40 dengan mengurangkan cukai individu sebanyak dua peratus.

Sehingga hari ini desakan demi desakan dari suara rakyat jelas meminta kerajaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar sementara pihak kerajaan pula dilihat terus mencari jalan bagi membantu mengurangkan beban rakyat tanpa perlu lagi membuat pengeluaran dan merisikokan hari tua mereka.

#KWSP
#TekadBantuRakyat
#Belanjawan2023
#PrezCom