Kredit Gambar: KESEDAR

Kelantan, 28 Februari 2023 04:12pm.  Ketika ramai masih memberi ulasan mengenai Belanjawan 2023, semalam YAB, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkesempatan untuk turun ke Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) di Gua Musang.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara memberitahu bahawa ‘Proses tender semula enam projek tebatan banjir tidak akan mengambil masa terlalu lama walaupun kaedah perolehan dilakunan secara penelitian.’ Kenyataan ini dikeluarkan beliau sewaktu membuat lawatan kerja di di Ibu Pejabat KESEDAR. Kenyataan ini juga dikeluarkan susulan pembentangan Belanjawan 2023 yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah mengumumkan ‘enam projek tebatan banjir akan di tender semula dengan segera selewat-lewatnya pada Jun tahun ini’. Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa projek yang ditender semula membolehkan kerajaan membuat penjimatan sebanyak RM 2 bilion daripada jumlah RM15 bilion peruntukan projek tebatan banjir yang diumumkan sebelum ini.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga memberitahu bahawa beliau telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menyegerakan bayaran wang ihsan (bantuan bencana) sebaik sahaja mangsa banjir kembali ke rumah mereka supaya mereka terus boleh menggunakan wang ihsan itu bagi memperbaiki kerosakan yang dialami. Ucapan ini selaras dengan apa yang dijanjikannya di Dewan Rakyat apabila beliau diajukan soalan tentang ‘kelewatan bantuan banjir’ oleh Yang Berhormat Ustazah Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff ketika sesi soalan tambahan waktu pertanyaan-pertanyaan menteri.

Didalam sesi yang sana YAB, Timbalan Perdana Menteri juga memberitahu bahawa Kerajaan Pusat sudah menyalur peruntukan sebanyak RM68 juta kepada Kelantan dan RM68 kepada Terengganu melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) walau sebelum banjir berlaku. Kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan ‘pam berkuasa tinggi yang akan di tempatkan di Rantau Panjang’ dan proses menempatkan pam tersebut dalam tindakan Jabatan Pengairan dan Saliran. (https://www.tiktok.com/@prezcom.my/video/7202292771468709121?_r=1&_t=8a4X4Ze3rJB)

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga sempat merakamkan tahniah diatas kejayaan KESEDAR baik dalam program pembangunan dan juga menerusi projek ‘quick-wins’ mereka.

#TekadBantuRakyat
#PrezCom