
Kuala Lumpur, 26 Februari 2023 014:12pm. Isu tentang penghapusan hutang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mula menjadi mainan persepsi sebagai alat memburuk-burukkan Kerajaan Perpaduan dan belanjawan 2023 yang baru dibentangkan. Namun tidak ramai pula yang mengambil masa untuk memikirkan bahawa betapa sukarnya pihak kerajaan hari ini yang mewarisi hutang negara yang menjangkau 1.2 trilion tetap mengusahakan belanjawan yang terbaik dan dalam masa yang sama menyantuni rakyat yang berkeperluan.
Menurut Tan Sri Idris Jusuh, Pengerusi FELDA, jumlah keseluruhan hutang FELDA ini ialah sebanyak RM12.1 bilion dan sebanyak RM8.3 bilion telah dilupuskan pada tahun 2021 dan FELDA tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang kali kedua.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata: kerajaan tidak dapat meneruskan inisiatif pelupusan hutang peneroka FELDA kerana keputusan yang dibuat dibawah kepimpinan bekas bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan impak negatif yang besar terhadap aliran tunai FELDA.
Datuk Seri Azalina Othman Said juga pernah menjawab soalan berkenaan perlupusan pinjaman kepada peneroka FELDA yang ditanyakan oleh Kamal Ashaari (Kuala Kurau) terdahu sebelum ini apabila ditanya di Dewan Rakyat, jawapan beliau: “Hal ini disebabkan kutipan hutang peneroka FELDA merupakan salah satu sumber pendapatan Felda yang penting bersamaan dengan 10.8% jumlah pendapatan jangkaan bagi tahun 2023. Kutipan ini juta perlu di teruskan bagi memastikan kelestarian dan kebajikan peneroka terus terjamin. Azalina juga berkata FELDA akan terus membantu peneroka dengan inisiatif lain yang sedia ada bagi memastikan hutang peneroka tidak terus meningkat. Selain itu, FELDA juga telah melaksanakan program tanam semula dengan menggunakan baka sawit terbaru yang mempunyai kadar pengeluaran hasil yang lebih tinggi sehingga 16 tan sehektar pada bulan ke-48 dan pengurangan tempoh pengurusan program pembangunan tanam semula ladang iaitu pemberian pinjaman sara hidup disingkatkan dari lapan tahun kepada empat tahun.
Itu tentang FELDA, namun tidak ramai pula yang mewar-war kan usaha pihak kerajaan bagi membantu rakyat secara menyeluruh terutama yang terkesan dengan musibah seperti kerajaan memperuntukkan RM150 juta kepada NADMA, RM50 juta kepata ATM, Bomba dan RELA bagi mendepani ancaman bencara. Sebanyak RM1.2 bilion pula di peruntukan bagi memperkasa semula klinik dan sekolah-sekolah yang daif, RM1.5 bilion di peruntukan bagi menaik taraf dan membina jalan baharu bagi perhubungan desa dan jalan luar bandar, RM 1.6 bilion diperuntukan dalam bentuk pelbagai subsidi dan insentif kepada pesawah dan pelbagai lagi agenda membantu dan mensejahterakan rakyat telah usahakan (Rujuk:15 Inisiatif Terbaik Belanjawan 2023 di sini).
Semoga permainan persepsi tentang FELDA dapat di tamatkan dan tumpuan membangun masayarakat Malaysia Madani yang memberikan impak terbaik kepada semua rakyat Malaysia dapat di fokuskan.
#Bajet2023
#Belanjawan2023
#MalaysiaMadani
#PrezCom