
Kredit Image: KPKT Malaysia. “Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani”
Kuala Lumpur, 25 Februari 2023 12:12pm. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat. Belanjawan 2023 memperuntukkan RM388. 1 bilion dengan RM289. 1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan.
Antara yang 15 perkara yang menarik adalah:
1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak terima STR sehingga RM2,500 begantung kepada jumlah anak. STR Termiskin akan terima tambahan RM600 mengikut data didalam sistem e-Kasih (bakul makanan & baucar)
2. Kredit e-Tunai Belia Rahmah: Kerajaan berikan bantuan e-Tunai dalam bentuk e-Wallet berjumlah RM200 untuk belia. Bantuan sebelum ini dinamakan eBelia (2021) dan ePemula (2022). Jumlah ini lebih tinggi berbanding program ePemula dengan beza RM50.
3. Ujian Memandu dan Lesen: Bayaran ujian lesem memamtu motosikal Kelas B2, lesen Teksi, Bas dan e-Hailing di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan
4. Bantuan Musim Tengkujuh: Sebanyak RM1.6 bilion peruntukan subsidi dan insentif untuk pesawah padi. Bantuan diberikan kepada Pesawah padi sebanyak RM200 sebulan selama 3 bulan / semusim. Ini melibatkan sebanyak 240,000 pesawah padi dengan peruntukan berjumlah RM228 juta.
5. Cukai Barang Mewah: Kerajaan tetap berpendirian untuk tidak memperkenalkan semula GST sebaliknya memperkenalkan cukai terhadap barangan mewah. Cukai barangan mewah ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah, jam tangan mewah, vape, barangan fesyen mewah dan lain-lain.
6. Pengurangan Cukai Golongan M40: Menambah pendapatan golongan B40 dengan mengurangkan cukai pendapatan individu. Inisiatif ini melibatkan pengurangan hasil cukai bersih kerajaan sebanyak RM900 juta untuk menafaat rakyat. Kadah cukai pendapatan RM35,000 sehingga RM100, 000 dikurangkan ke 2% dan untuk pendapatan RM100,000 sehingga RM1 juta dinaikkan dari 0.5%-2%
7. Diskaun PTPTN: Diskaun bayaran balik PTPTN di berikan sebanyak 20% Sehingga 3 Bulan. Sementara itu penangguhan bayaran balik diperkenalkan kepada peminjam yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,800 untuk 6 bulan peringkat awal bermula 1/3/2023
8. Perlepasan Muflis: Individu yang diisytihar muflis bagi hutang bawah RM50,000 akan diberikan peluang kedua bermula 1/3/2020. Kerajaan sasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis secara automatic dengan lulusnya pindaan Akta Insolvensi 1967.
9. Elaun Guru KAFA dan Sumbangan Khas: Guru KAFA akan menerima kenaikan elaun RM100, menjadikan jumlah elaun RM1,100 sementara Imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir akan terima RM600.
10. Bantuan Khas Aidilfitri: Hadiah Aidilfitri sebanyak RM700 diberikan kepada penjawat awam Gred 56 dan kebawah dan ini termasuk lantikan kontrak. Selain itu RM350 diberikan kepada pesara kerajaan.
11. Pengankutan Awam: Inisiatif My50 diteruskan. Pas bulanan sebanyak RM50 bagi pengguna-pengguna MRT, LRT dan bas Rapid untuk pengguna di Lembah Klang. Pas baharu yang berharga RM50/bulan ini akan menggantikan pas My30 semasa (RM30/bulan). Pas ini hanya tersedia untuk rakyat Malaysia sahaja.
12. Penalti LHDN: Pengampunan 100 peratus diberikan kepada pengakuan sukarela cukai bermula 1 Jun 2020-31 Mei 2024.
13. Manafaat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) : Kerajaan akan menambah caruman KWSP kepada ahli berumur 40-54 tahun dengan simpanan kurang dari RM10 000 dalam akaun 1. Kerajaan akan menambah sebanyak RM500 didalam akaun 1. Sebanyak 2 juta ahli KWSP di jangka akan mendapat menafaat ini dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion.
14. Perlindungan dan Kesejahteraan Kanak-Kanak: Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diwujudkan, beri perkhidmatan sokongan komprehensif. Kerajaan juga menubuhkan pasukan khas di bawah D11 bagi membentras aktiviti pornografi kanak-kanak.
15. Duti Stem: Pengecualian sepenuhnya duti setem bagi rumah bernilai RM500,000 ke bawah dan pengecualian duti setem 75 peratus untuk rumah bernilai lebih RM500,000 hingga RM1 juta
Layari: TikTok Untuk Maklumat Ringkas
#Belanjawan2023
#PrezCom