
Kuala Lumpur, 23 Februari 2023 02:08pm. Berikut adalah 10 butiran sinopsis ringkas bagi perkembangan terkini kes tuduhan terhadap Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan siasatan pihak SPRM
1. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mempengerusikan perbicaaan SRC International, Najib Razak di Mahkamah Tinggi telah mensabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram. Pada Julai 2020, Hakim Mohd Nazlan telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta selepas mendapati beliau bersalah menyeleweng RM42juta dana SRC International.
2. Pada 20 April lalu, Raja Petra Kamarudin, seorang blogger mendakwa hakim Mohd Nazlan disiasat berhubung wang RM1juta yang tidak diisytihar dalam akaunnya. Raja Petra mendakwa Nazlan terpalit konflik kepentingan dalam kes rayuan SRC International
3.Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Mohd Ghazali kemudian membuat laporan polis bekenaan dakwaan itu dan mendakwa dakwaan itu adalah palsu, tidak berasas dan berniat jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai hakim.
4. April lalu, SPRM dilaporkan berkata, ia membuka kertas siasatan susulan laporan berhubung wang tidak dapat dijelaskan melebihi RM1 juta dalam akaun bank Nazlan. Nazlan di siasat kerana berkemungkinan menerima sogokan berkaitan wang didalam akaunnya sejumlah RM1 juta. Kedudukan keputusan kes Najib juga berkemungkinan boleh dirombak jika didapati Nazlan sah terima sogokan atas kapasitinya pada jawatannya sebagai terbabit dalam komuniti meluluskan syarikat SRC.
5. Sebab Nazlan didakwa: Nazlan didakwa melanggar Kod Etika Hakim 2009. Antara Yang Terkandugn dalam Kod Etika Hakim 2009
- Seorang hakim hendaklah memastikan semua aktiviti luar kehakiman tidak menimbulkan keraguan munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai seorang hakim.
- Seorang hakim hendklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profesion perundangan secara individu, khususnya mereka yang menjalankan amalan di dalam mahkamah hakim itu, jika hubungan sedemikian mungkin menimbulkan syak atau tanggapan pilih kasih yang munasabah
- Seorang hakim hendaklah menjauhkan diri dari apa-apa kelakuan sebagai anggota mana-mana kumpulan, persatuan atau oragnisasi atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan awam yang dalam fikiran orang yang munasabah, boleh melemahkan keyakinan dalam kesaksamaan seorang hakim itu berkenaan dengan apa-apa isu yang belum selesai dihadapan mahkamah
6. September lalu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu siasatan terhadap Nazlan sudah lengkap dan telah menyerahkan laporan berhubung siasatannya ke atas Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Ghazali kepada ketua hakim negara, namun perincian lanjut tidak dapat didedahkan kerana beliau mendakwa bahawa beliau tidak mempunyai kekebasan untuk mendedahkan perkara atas arahan Jabatan Peguam Negara.
7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Resormasi Institusi) mengesahkan telah menerima surat daripada SPRM yang memaklumkan laporan telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat pada 21 Februari 2023
8. Minggu lalu dua Ahli Parlimen, Mandzri Nasib (Tenggara) dan Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor) menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, untuk mendedahkan dapatan SPRM itu.
9. Azalina memberitahu di Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam kuasa peguam negara (pendakwaraya), perkara itu dibawah bidang kuasa peguam negara dan hanya peguam negara yang mempunyai kuasa dan budi bicara untuk memulakan sebarang prosiding terhadap sesiapa saja, termasuk hakim.
10. Sementara itu bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mah Weng Kwai, memberitahu “pendedahan berkenaan siasatan terhadap Hakim Nazlan sangat penting kerana ia membabitkan kepentingan awam dan juga nama baik kehakiman”
Orang ramai dilarang membuat sebarang persepsi dan biarlah proses undang-undang berjalan tanpa ganguan dan bebas dari sebarang pengaruh tidak wajar.
Maklumat Lanjut: TikTok https://www.tiktok.com/@prezcom.my?_t=8a4X4Ze3rJB&_r=1
#NajibRazak
#SPRM
#PrezCom