Datuk Yusof Datuk Yusof Yacob, ADUN Sindumin yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah mengetuai sidang media yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) mengumumkan bahawa 5 ADUN UMNO Sabah keluar dari parti dan menyertai parti Gagasan Rakyat Sabah untuk menyokong Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah, selain dirinya sendiri mereka yang melompat adalah ADUN Jasnih Daya ( Pantai Dalit), Mohd Arsad Bistari (Tempasuk), Hamid Awang (Balung) dan James Ratib (Sugut). Datuk Yusuf Yacob terdahulu sebelum ini yang merupakan Ketua Bahagian Warisan Sipitang (Parti Warisan Sabah) telah meninggalkan parti warisan dan menjadi ADUN bebas untuk menyokong kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika itu. Ini adalah tindakan keluar parti buat kali kedua yang dilakukannya diatas nama menyokong kerajaan.
Datuk Yusof Yacob memberitahu keputusan kali ini dibuat dengan alasan, Katanya:
1. “Kita menyedari bahawa pemimpin Sabah perlu bersatu di bawah parti berasaskan Sabah untuk terus memperjuangkan hak rakyat Sabah dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pada masa yang sama kita menginsafi bahawa perpecahan dan sengketa berpanjangan membantutkan pembangunan, kemajuan dan pertumbuhan ekonomi negeri. Kami juga memahami akan perlunya kestabilan politik untuk meyakinkan pelabur serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Sabah”
2. “Rakyat mahu harga barang turun, jalan raya mereka bagus dan pembangunan berterusan tetapi krisis berlaku menyebabkan tidak banyak pembangunan”
3. “Kami juga tidak mungkin dihadapkan ke lembaga disiplin UMNO kerana sudah membuat keputusan keluar parti”
Terdahulu sebelum ini Datuk Yusof, Jasnih, Mohd Arsad, Datuk Ir Shahelmey Yahya dan James menyatakan pendirian menolak keputusan UMNO Sabah untuk menarik sokongan kepada Hajiji seta telah menerima suart tunjuk sebab berikutan keputusan tidak menyokong keputusan UMNO Sabah. Adakah lompat kali kedua ini benar kerana menyokong kerajaan ataupun hanya untuk kuasa sama-sama kita nantikan.
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#TekadBantuRakyat
#MalaysiaMadani
#Prezcom