Pihak Kementerian Kewangan telah mengarahkan untuk menangguhkan projek-projek ‘Jana Wibawa’ bernilai RM5.7bilion ringgit bagi melihat semula adakah tatacara dan tatakelola perbelanjaan mengikututi apa yang telah ditetapkan oleh perolehan perbendaharaan. Jana wibawa adalah projek yang diusahakan oleh Tengku Zafrul semasa beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan. Projek Jana Wibawa bertujuan bagi membantu kontraktor Bumiputera yang terkesan dan akan gulung tikar semasa negara dilanda pandemik COVID19.

Didalam satu sidang media Dato’ Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi berkata penangguhan projek Jana Wibawa itu dibuat kerana terdapat unsur kaedah perolehan yang dibuat secara tander terpilih atau runding terus dan projek-projek itu telahpun diberikan surat setuju terima (SST). Kerajaan Perpaduan dibawah Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan mahu meneliti semula sama ada tatacara perolehan dan tata kelola telah dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan.

Menurut Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Katanya: “Beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) membabitkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu. Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum dapat mengenal pasti nilai sebenar projek itu dan setakat ini 56 projek sudah mendapat SST dan keseluruhan projek bernilai RM6.3bilion.

Terbaru, bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berkenaan penganugerahan kepada kontraktor terpilih sementara Wan Saiful Wan Jan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang juga Ketua Penerangan Bersatu dilaporkan telah ditahan semalam dan dijangka akan didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

Kes siasatan akan diteruskan dengan beberapa individu termasuk bekas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul akan dipanggil untuk memberi keterangan.

#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#MalaysiaMadani
#TekadBantuRakyat
#Prezcom