Siaran Penuh: Liqa Perdana Bersama Timbalan Perdana Menteri

Kuala Lumpur, 20 Februari 2023 01:36pm. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi berselawat bersama tetamu yang hadir di Program Liqa’ Perdana Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diatakan di di Sri Satria, Putrajaya.

Tarikh: 17/2/2023 | Jumaat | 6.oo PM- 11.00PM
Tempat: Sri Satria, Putrajaya
Tajuk: Melestarikan Kesatuan Ulama’ dan Umara’

Program bermula pada pukul 5.30 petang dan tamat pada 11.30 malam. Program bermula dengan bacaan Maulid Dhiya’ Al-Lami dan bersama YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad (Malaysia), Sheikh Imran Angullia (Singapura), Al-Habib Dr. Taher Al-Ahdel (Makkah) dan Dr. Ahmad Al-Yamani (Yaman).

Liqa’ Perdana kemudian bersambung sejurus solat Isyak berjemaah dan majlis dimulakan dengan ucapan dari YAB Dato Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan di ikuti oleh Tausiyyah (ucapan) oleh Dato’ (Dr.) Haji Nooh bin Gadot (Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan) , Sheikh Al-Hadis Mualana Abdul Hamid bin Chin (Penasihat Madrasah Miftahul Ulum), Habib Abdulrahman Al-Musawa (Mudir Ribat Almusawa) dan Ustaz Yunan bin Abdul Samad (Fellow, Islamic & Strategic Studies Institus).

Program ini adalah inisiastif bersama ikatan Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI) dan Pejabat Timbalan Perdana Menteri bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan perpaduan secara ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia serta menyediakan plaftorm interaksi dan ramah mesra para ulama dan ilmuan islam berkaitan isu-isu umat islam kontemporari. Program ini juga bertujuan memperkasa hubungan ulama dan umara’ serta pemimpin dan rakyat selan dapat menbudayakan kesenian dan kebudayaan Islam yagn berteraskan pujian ke atas Allah SWT dan Rasul SAW dalam kehidupan harian masyarakat Muslim.

Sertai Channel & Group Telegram Liqa Perdana di:
Channel: https://t.me/liqaperdana

#LiqaPerdana
#MalaysiaMadani
#TekadAgama
#Prezcom