Bulan lepas ( 10 Januari 2023) Bank Dunia mengeluarkan kenyataan bahawa akan berlaku kemelesetan ekonomi bagi kebanyakan negara dan tahun ini 2023 pertumbuhan ekonomi global dijangka sebanyak 3.0 peratus sahaja dan ini adalah kadar paling perlahan diluar kemelesetan dan seperti biasa apabila berlaku kemelesetan ekonomi kadar inflasi akan jadi lebih tinggi dan seterusnya kenaikan kadar faedah bagi pinjaman juga akan berlaku.

Sementara itu Putrajaya, Protal rasmi Kementerian Kewangan Malaysia pula memberitakan hutang negara termasuk liabiliti telah mencecah sebanyak RM1.5 trilion dan perlu ditangani dengan segera. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberitahu, katanya ” Kkita tidak boleh mendepani tahun 2023 dengan keadaan yang selesa, sebab itu kalau ada budaya selesa ia tidak akan dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang diharapkan”.

Rentetan Kronologi Hutang Negara
2016: Jumlah hutang negara ialah sebanyak RM 655.7 bilion
2017: Jumlah hutang negara ialah sebanyak RM 687 bilion
2018: Jumlah hutang negara ialah sebanyak RM 741 bilion
2019: Akhir Tahun 2019 – Jumlah hutang negara ialah sebanyak RM 792 bilion
2020: Akhir Tahun 2020 – Jumlah hutang negara ialah sebanyak RM 1 trillion
2021: Akhir Tahun 2021 – Jumlah hutang negara ialah sebanyak RM 1.3 trilion
2022: Akhir Tahun 2022 – Jumlah hutang negara ialah sebanyak RM 1.2 trilion
2023: Suku Pertama Tahun 2023 – Nilai hutang negara ialah sebanyak RM 1.5 trilion

Dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing dan hutang negara yang terus meningkat dapatan dari soalselidik kajian lapangan yang dibuat oleh PrezCom mendapati rakyat sangat berharap kerajaan akan melipatgandakan usaha mensejahterakan ekonomi dan meningkatkan inisiatif-inisiatif bantuan kepada rakyat seperti ‘Menu Rahmah’ tetapi didalam pelbagai konteks bantuan terutama didalam meringkan beban hutang sedia ada seperti memperkenalkan semula moratorium, mengawal kos kenaikan harga barang-barang keperluan harian dan peruntukan dana kecemasan bagi menampung keperluan belanja isi rumah. Rakyat terus mendesak pihak kerjaan supaya membenarkan pengeluaran wang KWSP mereka dengan kadar segera kerana mereka melihat wang tabungan itu adalah sebagai salah satu pelampung keselamatan bagi mereka.

Pihak kerajaan juga digesa supaya dapat memberikan tumpuan memulihkan ekonomi selain dari berbelanja besar dan berpolitik.

#PresidenUMNO
#MaruahUMNO
#TekadBantuRakyat
#Prezcom