Liqa’ Perdana: Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah Bersama Timbalan Perdana Menteri
Tarikh: 17/2/2023 | Jumaat | 6.oo PM- 11.00PM
Tempat: Sri Satria, Putrajaya
Tajuk: Melestarikan Kesatuan Ulama’ dan Umara’
YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Dr Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi dapat bersama meraikan malam Isra’ dan Mikraj serta majlis Liqa’ Perdana Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah di kediaman rasmi YAB Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria, Putrajaya. Program ini adalah inisiatif Ikatan Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau lebh dikenali dengan nama ISLAMI yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan perpaduan diantara Ulama dan Umarak disamping memperkasakan mahabbah dan kecintaan terhadap Rasululah SAW menerusi pembacaan kitab Maulid Al-Dhiya’ Al-Lami’ (cahaya yang terang benderang) serta selawat ke atas Baginda SAW.
Di dalam program ini Dato’ Seri Dr Hj Ahmad Zahid bin Hamidi sempat berpesan dan antara pesannya yang menarik katanya adalah;
1. Mana-mana parti yang menjadikan Islam sebagai tunggangan mereka tidak akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T
2. Jangan sesekali menyalahgunakan ayat Al-Quran, Hadis ataupun Ijmak Ulamak atau Qias. Politik hanyalah alat dan matlamat adalah agama.
3. Siapa juga, kerajaan mana sahaja yang dapat membentuk kepimpinan negara kita wajib mengadakan hubungan yang erat dengan para ulamak.
4. Teguran dan nasihat para ulama kepada pemimpin adalah tunjang keharmonian negara. Ulama merupakan obor kepada masyarakat dan berperanan memberi pencerahan dalam kehidupan manusia berdasarkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.
5. Kalau kita berniat memperkuatkan agama, kalau kita jaga agama Allah, InsyAllah Allah akan jaga kita.
Program ini dihadiri seramai lebih kurang 200 peserta yang tediri dari para ulama, para ilmuan islam, asatizah, sahabat media dan NGO Islam. Dato’ Seri Dr Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi juga bekenan merasmikan Liqa’ Perdana Ilmuan Ahli Sunnah Wal Jamaah 2023.
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#TekadAgama
#LiqaPerdana
#Prezcom