Terbaru P.Ramasamy yang dianggap sebagai ‘albatros’ didalam Parti DAP dan ‘Kerjaan Perpaduan’ sekali lagi bersuara. Sebelum ini beliau dikecam dengan begitu teruk sekali apabila mencampuri urusan dalaman Parti UMNO dan kini beliau membuat gesaan pula kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang kononnya didominasi oleh orang Melayu.

Sebelum itu perlu diingatkan gesaan P.Ramasamy ini adalah pandangan peribadinya dan bukan pandangan parti DAP, Pakatan Harapan apatahlagi Kerajaan Perpaduan. Kebanyakan isu yang cuba dibangkitkan oleh P.Ramasamy dilihat selalunya tidak langsung mempunyai asas dan suka bercakap sesuka hatinya sahaja. Apakah P.Ramasamy tidak tahu atau sengaja buat-buat tidak tahu atapun sengaja cuba membangkitkan isu bagi mendatangkan keresahan kerana secara umum kita tahu:

1. Pengambilan sebagai penjawat awam perlu menerusi Suruhanjaya Perkhaidmatan Awam (SPA) dan pengambilan ini adalah berdasarkan merit dan kecekapan dan bukannya berdasarkan kroni. Beberapa siri saringan dibuat sebelum sesi temuduga seperti peperiksaan online SPA dan antara sesetengah jawatan perlu juga menduduki ujian psikometrik. Jadi sekiranya tidak lulus saringan maka tidak layaklah untuk menyertai perkhidmatan awam dan ini tidak mengira sama ada calon adalah Melayu, Cina, India atau bangsa apa sekalipun.

2. Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPECS) pernah juga menegaskan bahawa tidak wujud ketetapan yang menetapkan pengambilan kakitangan perkhidmatan awam perlu menepati sebarang kuota termasuk membabitkan agama, kaum, etnik atau negeri tertentu dan permohonan sebagai penjawat awam pula adalah terbuka kepada semua bangsa dan agama. Jadi ringkasnya ‘tiada kuota untuk bangsa’

dan;

3. Sebagai penjawat awam mereka semua berintegriti dan berpegang kepada konsep ‘penuteralan dan profesionalisme’ dan menabur bakti dan berkhidmat kepada semua seperti yang telah ditetapkan dan ditugaskan tanpa mengira siapa pelanggannya. Kita lihat di sekolah cikgu yang mengajar tidak memberzakan siapapun muridnya dan terus menjalankan tanggungjawabnya setiap hari sebagai seorang guru. Kita lihat di mahkamah undung-undang dikuatkuasakan secara adil untuk semua rakyat Malaysia dan semua hak dipertahankan dan tidak kiralah mereka ini Malayu, India, Cina atau warga asing sekalipun. Jadi dimana wujud keperluan isu bangsa didalam penjawat awam?

4. CUEPACS pula melaporkan daripada 1.2 juta rakyat yang memohon sebagai penjawat awam, majoriti pemohonan adalah daripada bangsa Melayu dan statistik permohonan dari bangsa lain jauh lebih kecil terutama didalam bidang ketenteraan. Jadi bagaimana jumlah penyertaan dari bangsa lain akan menjadi tinggi didalam sektor awam sekiranya jumlah permohonan untuk menyertai sektor awam sendiri adalah sedikit.

Empat jawapan diatas sepatutanya sudah lebih dari cukup bagi menjawab isu desakan yang dibangkitkan oleh P.Ramasamy dan tidak wujud isu kuota atau isu bangsa atau lebih spesifik lagi isu orang Melayu mendominasi sektor awam. Siapa juga yang membangkitkan isu ini atau memainkan isu kononnya penjawat awam didominasi oleh orang Melayu sebenarnya memandang sesuatu perkara dengan lensa perkauman.

Perlu ditegaskan juga Penjawat awam bersikap berkecuali tanpa menyebelahi mana-mana pihak dan mereka sentiasa memastikan prinsip ‘rule of law’ terlaksana tanpa mengira peringkat dan sikap berkecuali ini adalah mengikut Perkara 4(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 dan bukannya mengikut sesuka hati mereka sewaktu mereka menjalankan tugas.

Kita berharap api perkauman tidak disemarakan terutama didalam Kerajaan Perpaduan. P.Ramasamy perlu mengubah cara berfikir sebagai pembangkang didalam Kerajaan Perpaduan. Bagaimana kita ingin membina #MalaysiaMadani sekiranya ada sesetengah pihak yang selalu cuba meniupkan bara api dan polimik ini dibiarkan begitu sahaja.

Artikel Berkenaan
Kerajaan Telur di Hujung Tanduk

#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#MalaysiaMadani
#Tekad
#TekadBantuRakyat
#Prezcom