Kuala Lumpur, 11 Februari 2023 01:03pm. Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) hari ini membuat keputusan “Tidak Perlu Lekat atau Pamer Cukai Jalan Pada Kenderaan.” Ini bermakna Seksyen 20 Akta Pengankutan Jalan yang menyatakan lesen kenderaan mesti dipaparkan pada kenderaan tidak lagi terpakai.
Isu Roadtax Digital yang tiba-tiba dibangkitkan sebagai inisiatif pendigitilan mendapat reaksi pelbagai dari rakyat tetapi kebanyakannya menunjukkan kerisauan dan keresahan. Adakah kaedah ‘memaparkan roadtax’ mempunyai masalah ataupun tidak cukup dari segi ciri-ciri langkah keselamatan ataupun tidak cekap dari segi proses operasi pihak JPJ. Sekiranya tidak mengapa perlu ada perubahan atau pembaharuan dan sekiranya perlu dibuat juga pebaharuan adakah pembaharuan ini kritikal atau membarikan impak besar kepada kerajaan dan rakyat? Sekiranya tidak mengapa perlu dilaksanakan sekarang? Sekiranya ‘Ya’ impaknya besar jadi apakah impaknya?
Persoalannya adakah pihak JPJ tidak langsung mengadakan atau mendapatkan pandangan orang ramai atau membuat kajian sebelum mahu melaksanakan inisiatif yang melibatkan rakyat? Adakah apabila rakyat sudah bising baru mahu mengambil langkah kebelakang atau berfikir semula? Mungkin didalam langkah interim/percubaan ini Anthony Loke ada memberitahu dalam tempoh perlaksanaan ini ianya bersifat ‘optional’ atau pilihan dan ‘roadtax’ lama masih boleh digunakan tetapi berapa lama tempoh ‘interim’ ini dan apa akan terjadi selepas itu?
Mungkin Anthony Loke ada memberitahu bahawa pihak JPJ akan membuat penjimatan sebanyak RM9.6 juta setahun tetapi berapa pula pebelanjaan yang akan dibelanjakan oleh kerajaan (JPJ/Polis) bagi membangunkan aplikasi dan peranti imbasan yang akan digunakan oleh pihak JPJ/Polis dan berapa pula peruntukan yang rakyat perlu adakan bagi membuat cetakan sekiranya ada diantara individu yang tidak mempunyai telefon pintar atau berlaku keadaan dimana tiada sambungan internet.
Adakah inisiatif ini sangat perlu memandangkan Polis /JPJ hanya membuat pemeriksaan roadtax bila ada sekatan jalanraya sahaja. Adakan bagi menguatkuasakan inisiatif ini maka sekatan jalanraya akan dibuat dengan lebih kerap dan ini bermakna kesesakan lalu lintas akan sering berlaku?
JAWAPAN KEPADA SOALAN UTAMA
Apapun kita cuba memberikan sokongan kepada inisiatif pendigitalan pihak JPJ ini dengan membantu mewar-warkan penjelasan yang dibuat oleh Anthony Loke untuk menjawab soalan-soalan utama antaranya seperti dibawah:
1) Adakah wajib untuk download apps “MyJPJ”?
Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.
2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?
Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.
3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?
Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.
4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?
Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.
5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?
Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan…pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.
6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?
Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.
Moga inisiatif ini terus diperhalusi dan tidak juga ditolak bulat-bulat begitu sahaja. Rakyat sudah pastinya akan menyokong apa sahaja inisiatif yang membantu memudahkan urusan rakyat dan menjimatkan perbelanjaan tetapi sekiranya inisiatif yang di perkenalkan memberikan impak sebaliknya sudah tentu rakyat akan menentangnya. Kerajaan sekarang berhadapan dengan rakyat yang matang dari segi berfikiran dan bertindak dan semoga pandangan rakyat terus diperhalusi.
#TekadBantuRakyat
#Tekad
#MalaysiaMadani
#Prezcom