Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan kertas putih di Parlimen akan datang berkenaan perolehan vaksin dan kos-kos berkaitan yang bernilai 5.8 bilion kerana didakwa mempunyai ketirisan dari segi pematuhan peraturan kerana tidak mengikut tatakelola dan dijalankan tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara.
Disebalik laporan jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) yang melaporkan perlaksanaan perolehan vaksin adalah mengikut tatacara kewangan yang dibenarkan oleh Kementerian Kewangan, Khairy Jamaluddin yang juga mantan Menteri Kesihatan menegaskan bahawa semua keputusan perolehan vaksin covid-19 adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dan semua keputusan mendapat punca kuasa Jemaah menteri dan kelulusan kementerian Kewangan.
Pada 21 April 2021, Kerajaan Perikatan Nasional ketika itu telah mewartakan ordinan darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (pindaan) 2021 (KWAN) yang membolehkan kerajaan menggunakan dana kumpulan wang itu untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.
Beberapa perkara menjadi tandanya?
1 Benar atau tidak dakwaan Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman bahawa ada pihak meraih komisen RM500 juta menerusi pembelian vaksin covid-19 tiada siapa yang tahu. Untuk pengetahuan umum Dato Seri Dr Adham bin Baba adalah bekas Menteri Kesihatan dari 10 mac 2020 – 16 ogos 2021 sebelum digantikan dengan YB khairy Jamaluddin pada ogos 2021 – November 2022.
2. Isu vaksin ini seperti cuba di alihkan dengan pemberian fakta yang kononnya perolehan vaksin telah mengikut proses perolehan kewangan tetapi isu sebenarn yang di tanyakan oleh Perdana Menteri adalah “adakah berlaku penyelewengan kerana didakwa mempunyai ketirisan dari segi pematuhan peraturan tidak mendapatkan persetujuan Jabatan Peguam Negara.
3. Kenapa kerajaan Perikatan Nasional ketika itu membeli 88 juta dos ke-3 vaksin COVID19 sedangkan kita tahu penduduk Malaysia hanyalah berjumlah 33 juta orang sahaja dan Tengku Zafrul yang ketika itu Menteri Kewangan memberitahu nilai ini bersamaan 140peratus penduduk negara kita? (https://youtu.be/10zYWAYWA_8)
Apapun sama-sama kita tunggu hasil siasatan SPRM dan hasil pembentangan kertas putih.
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#TekadBantuRakyat
#Prezcom