
UMNO adalah parti yang kuat kerana setelah berpuluh tahun UMNO di serang secara bertubi-tubi dari dalam dan luar parti namun UMNO tetap berdiri kukuh. Pengkhianat-Pengkhianat yang bersuara seperti “Saya kekal besama UMNO walaupun sokong PN” adalah contoh ‘Langau’ yang membusukkan parti dari dalam dan sebab itulah pengkhianat-pengkhianat ini telah dibuang dari UMNO.
SERANGAN DARI DALAM
PRU13 dan PRU14 menyaksikan serangan dan hentaman kuat dari dalam UMNO sendiri yang menyebabkan parti UMNO berjuang didalam pilihanraya dengan badan yang terluka. Bagi yang lupa mari kita selami semula peristiwa tahun 2018 apabila UMNO sedang mengadakan majlis ulangtahun penubuhannya yang ke 71 di PWTC dimana majlis sambutan ulangtahun telah bertukar wajah apabila beberapa orang pemuda ‘terpekik-jerit’ membuat kecoh yang meminta Datuk Seri Najib Razak (DSNR) untuk mengundurkan diri berikutan tewasnya UMNO pada PRU14. Diberitakan pemuda UMNO dari Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Selangor telah mendesak DSNR untuk meletakkan jawatan dan dalam masa yang sama Khairy Jamaluddin yang ketika itu merupakan Pemuda UMNO Malaysia hanya berdiam diri.
Adakah diamnya Khairy menandakan ‘dia tidak tahu’ atau ‘malu kerana kegagalannya mengawal pemuda UMNO sehingga pemuda UMNO tidak lagi tahu menghormati majlis tahlil dan bacaan doa’ atau ‘dia bersetuju dengan gerakan mendesak DSNR supaya mengundurkan diri,’ hanya Khairy sendiri boleh menjawabnya. Apapun akibatnya pada 12 Mei 2018 dalam sidang media DSNR mengambil tindakan meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan Presiden UMNO.
Pada 18 Nov 2018 Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan mengelirukan di The Star katanya: “1MDB is not a perception or slander but it is indeed a case that has been proven in the United States. What is there to hide? Just admit it,”. Kenyataan ini dikeluarkan walaupun Khairy sendiri tahu pada 3/8/2015 dalam satu kenyataan media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib ialah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
SEJARAH MUNGKIN BERULANG
Sejarah kembali berulang di PRU15 apabila beberapa pemimpin parti mensabotaj UMNO sewaktu PRU15. Pengkhianatan dan sabotaj berlaku secara terang-terang di Tanjung Karang dan Sungai Buloh, parti diburukkan dan Presiden UMNO di jadikan bahan kutukkan. Pelik tapi benar senario menimpa DSNR seolah-oleh mahu menimpa Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi cuma kali ini ‘Pisang Tak Mungkin Berbuah Dua Kali’. Pengkhianatan dan sabotaj parti telah di hidu oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang akhirnya Majlis Kerja Terginggi UMNO telah mengambil keputusan untuk memecat dan menggantung mereka-mereka yang bertanggungjawab.
TAKDIR UMNO
Bayangkan bagaimana UMNO yang ditikam dari dalam dan dalam masa yang sama terus berjuang menentang musuh yang menyerang dari luar dapat bertahan sehingga kini. Inilah keramatnya UMNO. UMNO adalah parti yang telah disumpah oleh rakyat dan pemimpim-pemimpin Melayu untuk terus berjuang, tidak tumbang diwaktu susah dan tidak melatah diwaktu senang. UMNO ditakdirkan melahirkan pemimpin yang layak bergelar pendekar.
#MalaysiaMadani
#KitaKawan
#PrezCom
—–
Ts. Megat Zainurul Anuar bin Megat Johari atau lebih di kenali sebagai Coach Megat adalah seorang Business Coach dan Innovater berpengalaman yang telah banyak membimbing syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby, Tenaga Nasional Berhad, Perodua, Telekom Malaysia, Bousted Holding, Serba Dinamik, UEM Edgenta dan banyak lagi syarikat anchor di Malaysia didalam program Pembangunan Vendor. Beliau juga adalah Master Trainer aktif membimbing dan melatih usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) dibawah program SAY LEAD PRO MALAYSIA iaitu semua program di bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor.
Aritikel ini adalah sumbangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian PrezCom.