Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) banyak sangat percubaan dilakukan untuk menjatuhkan kredibiliti UMNO dan kebanyakan serangan ditujukan terutamanya kepada Persiden UMNO Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Terbaru isu ‘passport’ dimainkan dan dijadikan bahan presepsi. Sebenarnya pada 14/5/2019, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pernah menolak permintaan Zahid Hamidi untuk memulangkan passportnya bagi tujuan mengerjakan umrah. Zahid Hamidi akur. Pada 7/10/2021 sekali lagi permohonan dibuat di Mahkamah Tinggi supaya passportnya dikembalikan sementara untuk membolehkannya mendapat rawatan sakit belakang dan leher di luar negara dan pada 11/10/2021 Mahkamah Tinggi membenarkan.

Apa sebenarnya yang berlaku hanyalah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Zahid agar pasportnya dikembalikan secara kekal kerana pertuduhan kes keatasnya masih lagi belum tamat namun Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan perlepasan pasport secara sementara supaya Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk melakukan perjalanan rasmi ke luar negara. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga membuat permohonan pasport itu dengan niat baik supaya beliau boleh melaksanakan tugas-tugas rasminya sebagai Timbalan Perdana Menteri terutama bagi kunjungan rasmi ke luar negara.

Kes ini terus disensasikan bagi mewujudkan persepsi negatif seolah-olah sebelum ini mahkamah tidak pernah menolak permintaan beliau bagi pemulangan pasportnya. Ada juga yang mengambil kesempatan dan memainkan jumlah pertuduhan yang dihadapi Zahid yang kononnya terlalu banyak sedangkan sebelum inipun Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pernah dituduh dengan 40 pertuduhan rasuah berhubung kes sistem Visa Luar Negara (VLN) akan tetapi semua kes ini tidak disabitkan dan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ternyata bersih dari semua pertuduhan tersebut.

Ini menunjukkan “” dan UMNO serta Presiden UMNO juga akur dengan keputusan mahkamah. Sepatutnya umum melihat bahawa badan kehakiman masih kekal bebas dan tidak dipengaruhi oleh desakan politik dan ini juga sepatutnya menunjukkan kerajaan perpaduan yang ada sekarang adalah kerajaan yang berintegriti dan tidak mencampuri urusan mahkamah.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah “dimalukan, diaibkan dan ditelanjangkan dengan pelbagai persepsi” namun beliau tetap tekad mempertahankan kebenaran dan akur dengan proses serta keputusan badan kehakiman negara. Perlu juga diingat bahawa Hakim Mahmakah Tinggi telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes.

#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#PrezCom
#MalaysiaMadani
#Tekad
#TekadBantuRakyat