Ditubuhkan pada tahun 1989 di Korea Selatan, Coway ialah penyedia perkhidmatan yang menawarkan perkakasan elektrik rumah berinovasi tinggi kepada pelanggan. Coway telah berjaya membangunkan model perniagaan khas untuk memudahkan kehidupan pelanggan dengan skim penyewaan peralatan rumah berserta servis susulan professional tanpa bebanan pemilikan. Coway mula betapak di Malaysia pada May 2006 dengan modal sebanyak RM 5.8 juta ringgit.

Pengurus Besar Coway Malaysia, Encik Mohd Sabky Mat Latif
Pengurus Besar Coway Malaysia, Encik Mohd Sabky Mat Latif

Sebagai sebuah entiti bisnes multinasional, Coway beroperasi di 65 buah negara selain Korea Selatan. Untuk rekod, pada tahun 2022, Coway Malaysia adalah subsidari luar negara yang menyumbang pendapatan terbesar kepada syarikat induk, iaitu sebanyak 1,091.6 billion Won bersamaan dengan 837 juta US Dollar. Tahun 2024, menandakan sudah hampir 18 tahun Coway berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

Coway adalah pengilang ‘indoor filter’ terbesar bukan sahaja di Korea, malah di dunia. Setiap produk mesti melalui ujian yang sangat ketat melebihi satu juta kali. Dalam usaha untuk mengukuhkan komitmen syarikat ke arah menjadi ‘Best Life Solution Company’, Coway Malaysia sedang bekerjasama dengan salah satu institusi tempatan paling berprestij di Malaysia, Universiti Malaya (UM) dengan aspirasi untuk meneruskan penyelidikannya dalam menyediakan penyelesaian yang inovatif dan bermanfaat.

Barisan Pengurus Besar Coway Malaysia
Barisan Pengurus Besar Coway Malaysia

Coway menawarkan rangkaian produk dari peringkat mampu milik sehingga tahap eksekutif. Maknanya, kita sebagai pengguna ada pilihan berpadanan dengan kemampuan dan kehendak kita. Rangkaian Eksekutif yang dilancarkan 2 tahun lepas adalah produk ‘Bed & Relax’ atau singkatannya ‘BEREX’. Dalam kelas ini, terdapat 2 jenis produk utama yang ditawarkan, kerusi urut dan set katil premium. Produk mampu milik dalam rangkaian produk Coway pula bermula dari RM28 sebulan untuk produk Manual Bidet.

Secara keseluruhannya, Coway menawarkan 7 kelas produk yang terdiri daripada, penapis air, penulen udara, bidet, tilam, kerusi urut, penghawa dingin dan juga penapis air luar rumah. Untuk lebih mendasar, 7 kelas produk ini boleh disegmenkan secara spesifik kepada produk yang menyelesaikan masalah, produk mempunyai nilai tambah dan produk peningkatan gaya hidup.

Pertama, produk yang menyelesaikan masalah boleh ditakrifkan sebagai produk yang pelanggan tidak boleh tidak hidup tanpanya. Sebagai contoh, pelanggan yang sensitif kepada alahan kronik, perlu ada produk Lombok 3 di rumah sebagai ‘pendinding’ yang sangat efektif. Dengan penapis jenis ‘double HEPA’, ia berupaya menyahaktifkan sehingga 99.999% SARS-CoV-2 Omicron Variant, Virus Influenza A (H1N1), Coronavirus (HCoV-OC43) dan kulat hitam. Dengan hanya RM 109 sebulan ia adalah kos yang sangat berbaloi untuk mewujudkan suasana bebas alahan kepada keluarga tersayang.

Kedua, untuk produk yang menambah nilai, Coway mengenegahkan fungsi tambahan istimewa yang tidak wujud pada produk-produk lain di dalam pasaran. Ambil contoh penghawa dingin Coway. Selain fungsi asas penyejukan dan teknologi penjimatan tenaga, penghawa dingin Coway menawarkan 5 tahap penapisan dan sistem ‘self-cleaning’ yang pertama di dalam kelas nya. Selain menikmati penjimatan letrik, pengguna dapat menikmati udara sejuk yang bebas daripada 98.7% bakteria berbahaya.

Dan yang terakhir, produk dalam segmen gaya hidup bertujuan melengkapkan ‘status’ penggunanya yang aktif dan sangat menitikberatkan aspek kesihatan. Kerusi urut Coway adalah contoh yang terbaik bagi segmen ini. Selepas aktif beriadah, pengguna boleh melepaskan lelah dengan pilihan 5 jenis urutan sambil mendengar muzik yang menenangkan melalui sambungan ‘bluetooth’ ataupun USB. Untuk lebih wow, Coway juga menawarkan servis penjagaan professional untuk memastikan keadaan kerusi urut sentiasa berada dalam keadaan sempurna dan terbaik.

Warga Coway Malaysia
Warga Coway Malaysia

Dengan bermacam-macam fungsi istimewa dan kos yang sangat mampu milik, tidak hairanlah Coway telah dinobatkan sebagai pilihan nombor satu rakyat Malaysia dan Korea dalam industri penapis air dan penapis udara. Ini terbukti bilamana Coway adalah pemegang ‘market share’ terbesar di Malaysia dengan penguasaan 49% jauh di hadapan meninggalkan gabungan 9 jenama-jenama lain!

Sebagai penutup, Coway Malaysia adalah jenama penulen air antarabangsa pertama di Malaysia dengan penulen air yang diperakui Halal. Kita boleh yakin bahawa semua bahagian mesin termasuk penapis nya telah disahkan Halal oleh JAKIM. Teknologi terkini dan reka bentuk inovatif Coway juga telah diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) dan Anugerah Jenama Halal Asia.

Encik Mohd Sabky Mat Latif adalah Pengurus Besar Coway Malaysia yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam Industri Coway Malaysia.

Aritikel ini adalah sumbangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian PrezCom.

 

#PrezCom