
Kuala Lumpur Januari 2024, 6.00 petang – TULAR di media sosial baru-baru ini mengenai dua beradik diselamatkan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas didapati meraih simpati orang ramai dengan menyanyi di kaki lima sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir, di sini, pada awal pagi Ahad.
Remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun dan masih bersekolah itu dipercayai mampu meraih pendapatan lumayan mencecah lebih RM10,000 sebulan apabila memperoleh wang sumbangan orang ramai sekitar RM300 hingga RM600 sehari terutama pada malam hujung minggu
Berdasarkan maklumat awal kanak-kanak yang bersekolah di Bukit Katil itu dipercayai telah dieksploitasi ibunya berusia 40-an dan merupakan penerima bantuan bulanan JKM untuk menambahkan pendapatan sejak empat tahun lalu.
Adakah dua beradik ini diexploitasikan oleh ibu bapa atau ibu sahaja demi memberi kemewahan atau memberi kesenangan kepada mereka?
Bukan tanggungjawab anak beri kemewahan kepada ibu bapa. Tidak kira apa jua pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak kerana itu adalah tanggungjawab ibu bapa itu sendiri terutama anak-anak itu masih lagi di bawah umur.
Sepatutnya sorang ibu sanggup berbuat apa saja untuk anak-anak bukan sebaliknya sehingga ada yang sanggup menggunakan anak-anak untuk mencari kemewahan. Mak, ibu, mama, bonda atau mummy biasanya sinonim dengan individu yang penuh dengan kasih dan sayang.
Ibu bapa membesarkan anak-anak untuk membalas budi dengan cara meminta mereka mencari kemewahan terutama dalam usia yang sepatutnya berada di bangku sekolah. Memberi Pelajaran itu adalah tugas ibu bapa.
Namun, situasi kini kian berubah. Perasaan itu semakin hilang. Tanggungjawab juga makin dilupakan. Kerana membesarkan anak-anak, ada ibu bapa yang mengambil kesempatan dengan meminta segala titik peluh perlu dibayar balik walau dengan cara apa sekali pun sehingga mereka terpaksa meminggirkan kehidupan sendiri.
Ada anak anak yang telah berkeluarga terpaksa mengenepikan keperluan asas rumahtangga anak dan isteri kerana si ibu mahu semua wang hasil pencarian anak diserahkan kepadanya. Keperluan ibu bapa terpaksa didahulukan walaupun rumahtangga anak anak bergoncang gara-gara ibu mahu keperluannya dilangsaikan terlebih dahulu.
Ketahuilah ibu-ibu di luar sana, anak kita tidak pernah minta dilahirkan ke dunia. Atas kasih dan cinta antara lelaki dan wanitalah, si kecil lahir untuk diberikan kasih sayang, perhatian termasuk menanggung segala keperluan sehingga mereka mampu berdikari serta hidup sendiri.
Berdasarkan keutamaan dalam berbelanja pula, seorang lelaki mesti mendahulukan keperluan dirinya sendiri, kemudian diikuti oleh anak dan isteri. Setelah itu, barulah keperluan orang lain termasuk ibu atau bapa. Paling penting, tanggungjawab biaya tersebut diletakkan pada bahu lelaki, bukan perempuan.
Seperti maksud firman ALLAH SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana ALLAH telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.”
Dalam satu hadis Riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada pekerjaan yang lebih baik daripada seorang lelaki yang bekerja dengan tangannya sendiri dan tiada infak (perbelanjaan) yang lebih baik daripada seseorang memberikan nafkah untuk diri dan keluarganya, anaknya, pembantunya dan semua itu dihitung sebagai sedekah baginya.”
Dalil-dalil yang dinyatakan jelas membuktikan bahawa bukan tanggungjawab si anak untuk memberikan kemewahan kepada ibu atau bapa. Apatah lagi hingga dibebankan untuk turut menyara hidup orang lain, waima adik-beradiknya sendiri.
Dalam hal ini, si ibu atau bapa tidak berkuasa untuk memerintahkan sedemikian, malah tiada istilah derhaka buat anak yang enggan menurut kehendak si ibu atau bapa. Ya! Syurga seorang anak terletak di atas reda ibu kepadanya. Persoalannya, apakah tindakan si ibu itu diredai ALLAH?
Ibu yang diberi amanah untuk jaminan syurga si anak pun belum dijamin syurganya. Justeru, tidak wajar seorang ibu yang sinonim dengan insan yang bersalut dengan kasih sayang mengeluarkan kata-kata kesat ketikaapa lagi fitnah terhadap anaknya sendiri.
#PrezCom