
Kuala Lumpur, 8 December 2024, 5.00 petang – GARA-gara tidak mendaftarkan perkahwinan secara sah di negara ini, seorang wanita terpaksa menanggung derita anaknya tidak sah taraf dan terlepas harta pusaka arwah suami.
Walaupun perkahwinan mereka di sempadan Thailand itu sah, wanita tersebut juga gagal mendapatkan sebarang harta pusaka suami kerana perkahwinan mereka dianggap tidak sah dinegara ini.
Seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli, memberitahu tentang perkongsian kisah daripada seorang wanita yang kematian suami akibat sakit jantung.
Fahmi berkata sebelum ini pasangan terbabit lebih tiga tahun merahsiakan pernikahan mereka, namun selepas mendapat cahaya mata wanita itu menggesa suaminya untuk mendaftar perkahwinan mereka.
Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Sijil lahir anak tidak ada maklumat bapa. Anaknya dikatakan anak tak sah taraf sedangkan mereka berkahwin dan suaminya sering mengelak serta beri macam-macam alasan.
Apabila isteri tersebut terus mendesak untuk daftar perkahwinan di Malaysia dan mengistiharkan perkahwinan, dia diugut oleh suami untuk meninggalkannya.

Demi masa depan kerjaya suami, wanita itu terpaksa menunggu sehingga dua hingga tiga tahun lagi baru nak disahkan peekahwinan mereka. Wanita tersebutakur dan suaminya terus berjanji dengan berbagai-bagai alasan.
Malang menimpa wanita tersebut apabila tiba-tiba meninggal dunia kerana sakit jantung dan wanita itu bimbang bagaimana nasibnya dan anak kerana tiada sijil nikah yang sah dan tidak dapat nasabkan anaknya.
Wanita tersebut cuba mencari sijil nikah di Thailand untuk ditunjukan sebagai bukti perkahwinan mereka tetapi tidak jumpa kerana sijil itu disimpan oleh suaminya.
Usaha lain juga cuba dibuat termasuk berjumpa dengan isteri pertama untuk menerangkan berkenaan perkahwinan mereka namun tidak ada siapa yang percaya dan lebih menyedihkan lagi wanita itu dituduh mengambil kesempatan ke atas orang yang telah mati.
Fahmi memberitahu wanita itu, sekiranya mahu dapatkan bahagian pusakanya, dia perlu mohon ditukarkan nasab anak itu kepada arwah suami dan membuat pengesahan nikah poligami di Mahkamah Tinggi Syariah.
Fahmi ingin memberi nasihat kepada kaum lelaki jika betul anda nak poligami, anda mampu, anda layak, buatlah secara baik. Dapatkan kebenaran Mahkamah. Jangan bawak lari anak dara orang nikah di Siam.
Wanita ini akui, dia menyesal. Dia doakan kepada wanita-wanita lain agar tidak jadi perkara sebegini seperti yang berlaku kepada dirinya dan buat keputusan yang baik.
PrezCom