Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa memiliki fail yang boleh membuktikan penyelewengan dana RM600 bilion yang dibuat oleh parti Bersatu semasa dibawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin namun kenyatan ini tidak selaras dengan kenyatan bekas menteri kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyatakan peruntukan kecemasan dibawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM530 bilion dan bukannya RM600bilion (RM437.5 bilion bukan dana kerajaan dan RM92.5bilion adalah dana kerajaan).

Terbaru nilai dakwaan penyelewengan tertumpu kepada RM4.5bilion dan terkini akaun parti Bersatu dibekukan kerana ‘derma RM300 juta’ oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Isu ini mula menjadi tandatanya pelbagai pihak. Pertama nilai dakwaan yang semakin menurun yang bermula dari RM600bilion kepada RM92.5bilion dan berubah kepada RM4.5bilion dan seterusnya kepada RM300 juta. Ramai yang masih tertunggu-tunggu akan bukti-bukti yang boleh menyabibkan Tan Sri Muhyiddin dan parti Bersatu. Ada juga suara-suara yang mula berkata ini adalah mainan persepsi yang di jadikan sebagai ‘silver bullet’ terutama apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.

Disebabkan perkara ini sudahpun sampai ke pihak SPRM makan pihak kami (PrezCom) tidak mahu dianggap sebagai menggangu siasatan dan berharap pihak-pihak tertentu membuat penjelasan dan penerangan dengan seberapa segera bagi menafikan dakwaan ‘ini adalah hanya permainan persepsi.’

Nota: Rujuk Penyata Kewangan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi tahun kewangan berakhir 31/12/2021 yang telah dikongsikan oleh portal berita Malaysia-Today di sini.

Artikel Berkaitan:

Adakah Kebocoran RM3-4 Bilion Kepada Parti dan Tokoh Politik Hanya Permainan Persepsi?

#PresidenUMNO
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#TengkuZafrul
#MuhyiddinYassin
#Madani
#MasyarakatMadani
#MalaysiaMADANI
#Tuntut
#PrezCom