Ramai sedia maklum terlalu banyak persepsi yang dimainkan di dunia siber lantaran dari isu ‘Pecat dan Gantung (PNG) ‘ yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO terhadap ahli-ahli UMNO dan pemimpinnya baru-baru ini. Pihak kami, PrezCom mengambil inisiatif untuk menyelami isu ini dengan lebih rapat lagi dengan menggunakan pendekatan ‘Big Data’ dan ‘Artificial Intelligence.’ Kami ingin melihat sendiri sejauh mana isu ‘Pecat dan Gantung’ ini memberikan impak kepada Presiden UMNO, Dato Seri Dr. Zahid Hamidi.

Hasil dapatan dari ‘Big Data’ yang kami gunakan menunjukkan isu PNG ini ‘tidak langsung menjadi kudis’ kepada Dato Seri Dr. Zahid Hamidi kerana data menunjukkan 92.93% persepsi dunia siber adalah positif dan hanya 7.07% sahaja persepsi negatif yang terhasil. Ini juga bermakna desakan-desakan persepsi negatif yang menghasilkan 7.07% ini adalah dari golongan-golongan ataupun jaringan terdekat ahli-ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO yang terkesan itu sahaja.

Keadaan menjadi semakin meriah apabila ‘mainstream media’ atau ‘media-media utama’ memainkan isu ini tetapi hanya menggantungkan isu ini tanpa memberikan liputan berkaitan yang lebih menyeluruh dan mendalam. Akibatnya ramai yang mengalami ‘Charles Bonnet Syndrome’ atau ‘berhalusinasi’ sehingga mengatakan UMNO akan runtuh dan sebagainya. Apapun itu hanya dapatan hasil dari ‘Big Data’ dan analisa ‘persepsi’ yang kami lakukan, mungkin isu PNG boleh menjadi jadi lebih buruk daripada itu tetapi melihat kepada gelombang dunia siber sekarang ternyata isu PNG ini akan terkubur begitu sahaja.

Kini gelombang dunia siber dan media-media utama mula beralih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isu perlantikan Nurul Izzah yang dikatakan bersifat kronisma. Sejauh mana isu ini akan memberikan kesan kepada lanskap politik hari ini dan kerajaan Perpaduan sama-samalah kita tunggu. Apa yang pasti rakyat memerlukan kerajaan yang stabil dan kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyat.

#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#Madani
#MasyarakatMadani
#Tekad
#TekadBantuRakyat
#PrezCom