
Kuala Lumpur, 3 Januari 2024, 11.00 petang – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tokoh kenamaan’ yang digelar ‘jerung’ yang terlibat dengan sendiket seperti dadah, tidak akan terlepas daripada sebarang siasatan rasuah dan jenayah atau akan menghadapi hukuman terus sekiranya terbukti bersalah. Jarang berlaku dalam mana-mana negara tindakan membanteras rasuah dan dadah secara besar-besaran.
Anwar berkata, kerajaan akan bertindak tegas dalam hal itu tidak kira apa latar belakang sekali pun. Kita terpaksa bertindak dengan tegas untuk menyelamatkan negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) di sini hari ini.
Anwar dengan nada tegas berkata lagi, mereka yang pernah mencuri dana negara, memunggah kekayaan negara, sama ada ia Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau menteri-menteri, mereka kena ingat kerajaan terpaksa bertindak.
Beliau memuji kegigihan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melawan rasuah termasuk menyiasat tokoh dan individu tanpa mengira pangkat. Ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam membanteras sindiket dadah terbesar di Sabah juga wajar dipuji.
Menurut Anwar lagi, sukar diambil tindakan terhadap tauke dan pengedar besar. Namun, ‘Salute’ kepada PDRM,” berani bertindak tegas. Katanya. Tahun lalu rakyat menyaksikan beberapa tokoh perniagaan dan bekas menteri kanan antara kenamaan yang disiasat SPRM berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.
Pada bulan lalu, PDRM berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar dalam satu operasi di Sabah. Dalam operasi itu ketua sindiket bergelar Datuk antara 10 individu ditahan di dalam operasi khas berkenaan yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.
#PrezCom