Warga Asing Mulai Memenuhi Kembali Jalan Silang

Kuala Lumpur, 1 Januari 2024, 9.00 malam – KESEMPATAN cuti hujung minggu, warga asing dilihat keluar membeli barang-barang keperluan seharian. Perniagaan yang sebelum ini tiada pengunjung  selepas kawasan itu digempur secara besar-besaran oleh Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) pada  21 Disember lalu, aktif semula dan ‘Mini Dhaka’ kembali menjadi tumpuan warga asing seperti sebelum ini.

Warga asing mula menguasai perniagaan di kaki lima dengan menjual pakaian terpakai, sireh dan makanan tradisional mereka. Seperti mana sebelum ini, mereka dilihat tidak menjaga kebersihan dengan meludah di kawasan kaki lima.

Apabila mereka ternampak beberapa orang juru gambar sedang mengambil kegiatan mereka, ada diantaranya segera menutup premis mereka  dan melarikan diri serta menyimpan barangan jualan di bahagian tingkat atas premis perniagaan kerana sedar mereka sedang diperhatikan.

Credit To Xklusif.my

Peniaga warga tempatan, Anuar Shaari, 59, berkata, sebelum ini memang kurang selepas operasi dijalankan. Tidak ramai yang datang malah beberapa premis juga tidak beroperasi. Selepas digempur pihak berkuasa baru-baru ini, ini merupakan kali pertama kawasan sekitar dipenuhi semula oleh warga asing.

“Namun hari ini, aktiviti berjalan seperti biasa malah lagi ramai dari sebelum ini, kebanyakan mereka datang ke sini menggunakan bas dan e-hailing dan akan bertemu dengan rakan-rakan di restoran yang menjual juadah tradisional mereka,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri juga dimarahi segelintir warga asing kerana mengeluarkan kenyataan kepada media selepas operasi dijalankan. Sewaktu serbuan dijalankan, ada pihak media menemubual dirinya berkenaan warga asing. Mereka memarahi saya kerana memberitahu perkara mengenai mereka.

Menurut Anuar, hanya egelintir yang bersikap buruk, bukan semua, ada juga warga asing yang baik dan sering membantu serta menolong warga tempatan, katanya.

Pada 21 Disember lalu, operasi besar-besaran bermula 11 pagi di Jalan Silang dengan 60 premis di kawasan berkenaan serta di sekitar Kompleks Kota Raya diperiksa serta 1,101 warga asing ditahan untuk pemeriksaan.

Operasi berkenaan dilakukan selepas pihak berkuasa menerima aduan orang ramai tidak selesa apabila berkunjung ke destinasi tumpuan negara kerana kawasan itu ‘dikuasai’ warga asing sehingga ada yang semakin ‘besar kepala.

Jalan Silang dianggap seperti kampung halaman mereka sehingga ada yang mahu terus menjalani kehidupan disitu kerana ia dipenuhi oleh warga negara mereka.

 

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita Di:

Warga Asing Seronok Tinggal Di Malaysia Asalkan Rajin Berkerja.