
Satu demi satu ribut datang menghantui Khairy Jamaluddin didalam kerjaya politiknya. Terdahulu Khairy Jamaluddin dipopularkan oleh Tun Mahathir dengan kisah ‘Budak Tingkat Empat‘ dan selepas itu kembali popular dengan kes MySJ Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang bertanggungjawab mengurus aplikasi My Sejahtera yang menggunakan data rakyat Malaysia dan kemudian isu komisyen vaksin RM500juta yang dibangkitkan oleh Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak di Dewan Rakyat. Terbaru kemelut politik sekali lagi melanda Khairy Jamaluddin apabila pembersihan total dalam UMNO dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO baru-baru ini dengan mengambil keputusan untuk memecat Khairy kerana didakwa memburukkan parti UMNO semasa kempen PRU15 di Sungai Buloh.
Khairy bukan ahli parlimen, dia bukan ADUN malah mempunyai masalah disiplin sehingga keahliannya dilucutkan jadi adakah parti lain ingin mengambil Khairy? Kurang 24 jam selepas pemecatan beliau, suara-suara dari parti pembangkang sudah mula mengajak KJ bersama parti mereka. PAS, Bersatu dan Gerakan sudah mengatur dan menyediakan karpet merah manakala PKR dan DAP mengambil sikap tunggu atau bergantung pada Presiden mereka.
Senario 1
Khairy mungkin tidak memilih PAS kerana dilihat sebagai ekstremis agama dan tidak sesuai dengan keperibadiannya, begitu juga Gerakan yang tidak mempunyai kekuatan politik apatahlagi untuk bersama DAP kerana sudah bertahun menjadi musuh politiknya. Mungkin PKR lebih sinonim dengan Khairy kerana Khairy dilihat rapat dengan Rafizi dan Nurul Izzah tetapi adakah Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ,Presiden PKR mahu menerima beliau memandangkan rakan kongsi Kerajaan Perpaduan sekarang adalah UMNO. Menerima Khaiy adalah seperti menampar UMNO di muka.
Adakah DSAI juga sudah bersedia menerima nasib yang sama seperti Presiden UMNO, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang bersabar apabila dikritik secara terbuka oleh Khairy kerana kita tahu Khairy bernafsu besar dan ingin menjadi Presiden parti walau parti apapun. Kita juga tahu didalam PRK juga sudah ada beberapa pemimpin yang memimpikan jawatan Presiden PKR dan kemasukan Khairy hanya akan menambah bilangan buah catur sahaja.
Senario 2
Khairy juga dilihat mesra Mahiaddin Yassin, Khairy dilantik menteri semasa pentadbiran Mahiaddin Yassin dan bersambung ketika Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri malah suara Khairy adalah yang paling lantang ketika itu apabila UMNO ingin menarik diri dari kerajaan Mahiaddin dan ketika UMNO memaksa Ismail Sabri membubarkan parlimen. Maka dilihat dari kesemua parti, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang paling dekat dihati Khairy.
Senario 3
Selain itu mungkin Khairy juga boleh melupakan dunia politik dan menerima pelawaan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor (TMJ) untuk menjadi orang kuat sukan di Johor. Ini adalah satu penghormatan atau peluang kedua yang di hidangkan oleh TMJ.
Ringkasnya
Adakah Khairy akan menyertai parti politik lain atau menubuhkan partinya sendiri ataupun menerima bayangan pelawaan yang dibuat oleh TMJ untuknya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada masa hadapan? Sekiranya keputusan Khairy adalah untuk menyertai mana-mana parti diatas ini berarti beliau telah menolak ihsan Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kemanakah arah kerjaya Khairy selepas ini hanya Khairy yang boleh menjawabnya.
Kita lihat siapa yang kena! semoga perjalanan Khairy Jamaluddin dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik.
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#Madani
#MasyarakatMadani
#Prezcom
#Tekad
#TekadBantuRakyat