300 individu kerugian lebih RM5 juta selepas diperdaya melalui tawaran pelaburan emas

Kuala Lumpur, 28 Disember 2023, 12:31 – SEORANG ahli perniagaan dan model sambilan adalah antara 300 individu kerugian lebih RM5 juta selepas diperdaya melalui tawaran pelaburan emas oleh sebuah syarikat beroperasi di daerah ini sejak Mei lalu. Ada di antara mereka yang terduduk apabila mengetahui mereka ditipu.

Kesemua mangsa mendakwa dijanjikan pulangan lumayan sebanyak 5 peratus sehingga 15 peratus dalam tempoh sepuluh hari atau RM 25 bagi setiap satu gram emas dilaburkan. Teruja dengan keuntungan dijanjikan, ada antara mangsa sanggup menggadai tanah, menjual aset selain mengeluarkan wang simpanan untuk dilaburkan.

Salah seorang mangsa yang juga pemilik kedai emas, Liana Friska Ramle, 35, berkata, dia bersama lebih 300 rakan niaga yang lain membuat pelaburan lebih RM3 juta sebelum menerima bayaran keuntungan selama tiga bulan berturut-turut.

“Bagaimanapun kami mula menyedari diperdaya apabila tidak menerima bayaran keuntungan pada Ogos lalu. Malah modal pelaburan asal juga gagal dipulangkan sebagaimana dipersetujui sebelum ini. Kami cuma menuntut hak kami selain berharap masyarakat di luar sana supaya tidak terjebak dengan pelaburan meragukan ini,” katanya yang sudah membuat laporan polis pada 14 Disember lalu.

Menurut Liana, dia juga turut menerima ugutan selain difitnah di media sosial sehingga menyebabkan mental dan emosinya terganggu. Seorang lagi mangsa, Rendiani Mohd Rejab @Mexxren, 18, yang juga model sambilan turut mengalami kerugian RM26,000 apabila menyertai pelaburan itu awal Jun lalu.

Peguam, Abdul Ghani Zelika yang mewakili mangsa berkata, pihaknya sudah menyerahkan notis tuntutan terhadap pemilik syarikat pelaburan itu sebelum tindakan saman difailkan di Mahkamah Tawau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan kertas siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Siasatan berhubung kes ini masih dijalankan dan tindakan selanjutnya akan diteruskan sebaik arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya diperolehi,” katanya.

#PrezCom

Baca Lebih Banyak Berita:

6.3 Juta Warga Emas Akan Menerima RM42 Sebulan Wang Pesaraan Di dalam Tempoh 20 Tahun