
Kenapa Datuk Seri Anwar Jadi Menteri Kewangan? Jawapan mudahnya kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu bahawa ketirisan bermula di MOF dan kerana semua perolehan kerjaan dan projek mega di kementerian perlu mendapat kelulusan MOF. Dengan hutang negara yang hampir mencecah RM1.2trillion (RM1.5trilion sekiranya termasuk liabiliti) ketirisan sangat perlu ditangani.
Portfolio Kementerian Kewangan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh disamakan dengan perumpamaan yang di buat oleh Mat Sabu: ‘Najib nak pakai duit, Najib tanya Najib, Najib cakap nanti dia bincang dengan Najib. Lepas bincang, Najib luluskan duit kepada Najib,’ kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai tujuan yang berbeza dan ini terbukti apabila beliau telah berjaya mengenalpasti ‘kebocoran’ RM3-4 bilion kepada parti dan tokoh politik. Jumlah ini sememangnya sangat besar dan tidak boleh dibiarkan tanpa siasatan untuk berlalu begitu sahaja.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat menerajui kerajaan perpaduan dengan memberikan contoh tauladan sendiri apabila beliau secara terbuka ‘menolak gaji Perdana Menteri, tidak benarkan pengawai kerajaan menyediakan cenderamata untuknya dan beliau juga menolak menggunakan Mercedes S600 walaupun beliau berhak keatasnya’.
Persoalannya kini kemana dan siapakah yang terlibat didalam skandal kebocoran RM3-4bilion ini kerana rakyat sedia maklum MOF ketika itu di terajui oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang kini menjadi senator dan juga sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa. Isu ini jika tidak dirungkai dan dibiarkan akan juga mencalarkan imej dan kredibiliti Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Yang bersalah perlu dibawah ke muka pengadilan kerana kenyataan ini datangnya dari Perdana Menteri sendiri dan kita tidak mahu rakyat mengatakan ini hanyalah permainan persepsi sahaja.
Imej Tengku Datuk Seri Zafrul perlu dibersihkan, keadilan perlu ditegakkan dan kenyataan serta niat membersihkan salahguna kuasa serta korupsi yang diperjuang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu di perkasa bersama.
#PersidanganAgungUMNO
#PresidenUMNO
#SetiaBersamaPresiden
#MaruahUMNO
#DatukSeriDrAhmadZahidHamidi
#TengkuZafrul
#TengkuDatukSeriZafrul
#Madani
#MasyarakatMadani
#RakyatTuntutKeadilan
#MalaysiaMADANI
#Tuntut
#TuntutKebenaran
#PrezCom