
Kuala Lumpur 16 Januari 2023 10:31 am. P.Ramasamy yang didakwa mempunyi kaitan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) terbaru sekali lagi menjadi ‘albatross’ kepada parti DAP dan Pakatan Harapan (PH) apabila membayangkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sebagai ‘beban’ bukan sahaja kepada UMNO tetapi juga kepada Kerajaan Perpaduan.
Kenyataan P.Ramasamy ini adalah berikutan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) yang meluluskan usul untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang. Mungkin P.Ramasamy tidak faham yang keputusan ‘Sebulat Suara’ yang dicapai didalam PAU 2022 menunjukkan bahawa Zahid bukan sahaja mendapat sokongan dan mandat dari semua perwakilan tetapi juga menunjukkan UMNO kita berada didalam satu bahtera yang sudah sedia untuk belayar mengikut nakhodanya.
Sebaliknya P.Ramasamy adalah merupakan ‘albatros’ didalam parti DAP dan ‘Kerajaan Perpaduan’ kerana kenyataan yang dikeluarkannya seolah-olah mengejutkan harimau yang sedang tidur dan menyebabkan kemarahan kepada pemimpim-pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Kenyataan P.Ramasamy ini meletakkan Kerajaan Perpaduan berada dalam keadaan yang sulit ‘Seperti Telur di Hujung Tanduk’. Cara terbaik bagi menangani isu ini adalah dengan permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Dr. Ahamd Zahid Hamidi dan UMNO secara amnya ataupun P.Ramasamy boleh dianggap sebagai ‘collateral damage’ kepada Kerajaan Perpaduan.
#PrezCom