
Kuala Lumpur, 3 December 2023, 10.00 malam – MENURUT Kementerian Kewangan, 48 peratus atau 6.3 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai baki simpanan kurang RM10,000 ($2,873) dan apabila menjadi warga emas, mereka hanya akan menerima RM42 sebulan dalam tempoh 20 tahun.
pada April 2020, Jumlah 4.7 juta pencarum atau 37 peratus yang direkodkan mempunyai kurang dari RM10,000 iaitu sebelum pengeluaran khas berkaitan Covid-19 diperkenalkan.
Kementerian Kewangan menjangkakan di dalam masa 20 tahun akan datang pesara hanya akan menerima RM42 sebulan jika dibahagikan dalam tempoh tersebut dan ini di anggap amat kritikal.
Implikasi pengeluaran tambahan daripada Akaun 1 juga telah memberikan kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang ketara dalam kalangan pencarum KWSP.
keadaan itu bakal memberi kesan amat besar kepada negara dan rakyat terutama dari segi ekonomi, produktiviti, kesejahteraan sosial, mutu hidup dan kesihatan.
Menteri Kewangan menyatakan daya usaha kerajaan bagi menangani masalah wang persaraan rakyat tidak mencukupi yang turut dihimpit dengan saiz sektor tidak formal yang besar di Malaysia dan nisbah tanggungan lebih tinggi.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan menerusi Belanjawan 2024 mengumumkan untuk meningkatkan had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan daripada RM300 kepada RM500 setahun.
Strategi dan langkah-langkah KWSP untuk meningkatkan semula simpanan yang terjejas KWSP telah memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam usaha membantu ahli membina semula simpanan persaraan mereka.
Bagi ahli yang bekerja dan mempunyai majikan, mereka boleh memilih untuk mencarum melebihi 11 peratus iaitu kadar caruman berkanun syer pekerja pada bila-bila masa.
#PrezCom
Baca Lebih Banyak Berita: