Kuala Lumpur, 1 December 2023, 11:10 – SEORANG perunding kewangan, Shamsuddin Kadir melahirkan kebimbangan berhubung jangkaan kemiskinan selepas bersara, keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini sehingga menyebabkan ramai tidak dapat menyusun kewangan mereka untuk masa depan yang lebih baik.

 

Samsudin kadir

Para pemerhati ekonomi menjangkakan, sebahagian rakyat Malaysia akan menghadapi masalah kewangan di masa hadapan kerana tidak mempunyai wang simpanan mencukupi untuk menyara kehidupan selepas tidak lagi bekerja.

 

Jika dilihat secara keseluruhan, kumpulan B40 dan M40 merupakan golongan yang paling teruk terjejas memandangkan ekonomi dan kenaikan sara hidup yang yang kian meningkat. Bolehkah wang KWSP yang diterima oleh mereka mencukupi untuk menyelesaikan semua hutang piutang yang ditanggung selama mereka hidup?

 

Jika wang KWSP yang diterima sekitar RM200,000, apakah yang boleh dilakukan dengan wang sebanyak itu? Di mana wang untuk menunaikan haji? Di mana wang untuk simpanan sekiranya berlaku kecemasan? Jika difikirkan kembali disitulah yang menjadi persoalan.

 

@prezcom.my

Monyet Belajar Sembahyang Curi Tumpuan Netizen. Apa agaknya yang monyet ni nak tanya? Yang jelas minat sangat dia duduk di situ. #PrezCom

♬ original sound – PrezCom – PrezCom

KWSP mendedahkan individu yang bersara dalam tempoh 20 tahun akan datang memerlukan simpanan sekurang-kurangnya RM900,000. Malah, Shamsuddin berkata , perancangan persaraan sedia ada juga seolah-olah berat sebelah dan berpihak kepada golongan pekerja sektor awam sahaja.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, sebanyak 71 peratus atau lebih dua pertiga ahli yang aktif mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun dan ke bawah, berada dalam situasi serius yang mana jumlah dana tidak mencukupi untuk bersara melebihi paras kemiskinan.

 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bilangan ahli aktif yang mencapai Simpanan Asas (RM240,000 pada usia 55 tahun) menurun daripada 36 peratus pada 2020 kepada 29 peratus pada akhir 2022. Ini berlaku susulan empat pengeluaran khas KWSP oleh rakyat ketika pandemik COVID-19.

 

Empat pengeluaran khas ini menyebabkan penurunan yang ketara dalam peratusan ahli aktif yang mencapai Simpanan Asas iaitu RM240,000 pada usia 55 tahun daripada 36 peratus pada 2020 kepada 29 peratus pada akhir tahun lalu.

 

KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja antara 4 sehingga 6 tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa pandemik. Sebelum ini, KWSP melaksanakan empat kemudahan pengeluaran berkaitan COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas bagi membantu kelangsungan hidup ahli dalam menempuhi cabaran dan impak akibat pandemik COVID-19.

 

#PrezCom.

Baca lebih banyak artikle di sini:>

Serbu Kilang Arak, Jumpa Makmal Dadah