Kuala Lumpur, 30 November 2023, 12:57 – SUSULAN pempengaruh terkenal Alif Teegar memadukan isteri jelitanya Aisyah Nurjannah, usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri telah berkongsi beberapa tips kepada semua isteri bagaimana untuk mengelakkan para suami daripada memancing wanita lain untuk dijadikan isteri kedua atau ketiga dan seterusnya.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Aliff Syukri, 36, berkongsi tiga cara yang boleh diamalkan. Antaranya mencadangkan golongan isteri untuk mengambil tahu kata laluan (password) akaun media sosial milik suami. Dia berkata, sekiranya gaji suami anda RM5000, sedikit daripadanya atau 10% patut diambil oleh isteri dan selebihnya disimpan dan buat belanja anak-anak dan makanan.

Pada pendapat Aliff, terdapat wanita yang sangat susah untuk mencari lelaki bujang dan mereka akan mencari suami orang yang kaya atau banyak wang. Sekiranya suami tetap belaku curang, isteri masih mempunyai wang hasil simpanan dan wang suami tidak dihabiskan kepada wanita lain.

Pendapat lain adalah, segala harta benda perlu diletakan atas nama isteri supaya tidak mudah terlepas pada wanita lain. Apabila semua harta diletakkan atas nama isteri, agak sukar untuk suami berlaku curang kerana takut kehilangan harta benda tersebut. Sewaktu bergelar suami isteri, segala harta dicari bersama dan dibina bersama, jadi tidak adil jika semua yang dikumpul bersama dimiliki oleh wanita lain apabila suami mempunyai isteri yang baru.

Baru-baru ini, tersebar cerita bahawa, Aisyah pernah dipukul oleh Alif Teega. Pempengaruh itu telah menjalinkan hubungan bersama wanita ‘penyondol’ sejak setahun yang lalu. Selain dari itu, Aisyah juga dikatakan sedang hamil. Menurut adik kepada Aisyah, kakaknya seorang yang baik kerana mendoakan kebahagiaan suami dan madunya dan tidak mahu orang ramai bercakap buruk tentang suami dan isteri barunya itu.

#PrezCom