
Kuala Lumpur, 28 November 2023, 15:36 – BONGKAH ais yang terbesar di dunia kini semakin mencair dan hanyut ke arah Lautan Selatan buat pertama kali dalam tempoh tiga dekad akibat pemanasan global. Bongkah ais yang terletak di Antartika ini merupakan serpihan terbesar gunung ais yang masih wujud dan terpisah dari Filchner Ice Shelf pada ogos 1986.
Menurut laporan saintis dan penyiasat di NASA Psyche Mission, Lindy Elkins-Tanton, bongkah ais berkenaan dinamakan A23a, berkeluasan 4,000 kilometer persegi, dan bersaiz tiga kali ganda lebih besar berbanding kota New York. Dalam penyelidikannya, Tanton memberitahu dia dan anak kapalnya telah menghabiskan berjam-jam lamanya belayar mengikuti rapat serpihan aisberg berkenaan di Laut Weddell.
Memandangkan ia semakin laju, gunung besar itu mungkin akan hanyut ke dalam Arus Circumpolar Antartika. Aisberg ini dilaporkan berkedudukan sekitar 30 batu nautika di Pulau Selatan Georgia, di sekitar tenggara Argentina. Ia dilapo_rkan terpisah akibat arus di sekeliling aisb_erg utama. Satu daripada aisberg itu yang terpisah itu telah dikesan oleh tentera Britain yang kebetulan mengadakan rondaan di udara.
Aisberg itu hanyut di lautan dan dalam laluan untuk merempuh Wilayah Seberang Laut Britain. Ia adalah sebesar satu pulau kecil dan diberi nama A-68-D. Bongkah aisberg itu dianggarkan tiga kali ganda lebih besar daripada kota raya London dan lebih besar daripada negara Luxembourg. Ketika ini tidak dapat dipastikan kesan aisberg ini kepada hidupan liar di Pulau Selatan Georgia. Aisberg berkenaan kini dipantau untuk ditentukan sama ada ia akan hanyut atau kekal di kedudukan itu.
#PrezCom