Kuala Lumpur, 28 November 2023, 10.00 pagi – SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke berkata, jika ada di kalangan ahli parti termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis dan Ketua Kampung yang enggan memberi kerjasama terhadap usaha kerajaan, mereka boleh meletak jawatan. Ini termasuk ahli DAP yang berkhidmat dinegeri-negeri dan akar umbi patut berganding bahu untuk menjayakan inisiatif dan dasar-dasar Kerajaan Perpaduan.

Ketika memberi peringatan itu, Anthony berkata, setiap wakil rakyat juga wajib menjaga kawasan dengan baik kerana ia adalah intipati penting untuk memastikan rakyat terus menyokong kerajaan dihari ini. Pada pandangan beliau lagi, wakil rakyat yang gagal menjalankan tugas untuk kawasan yang diwakili, akan memjejaskan prestasi parti. Ini kerana wakil rakyat yang malas berkerja tidak akan dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan sudah tentu misi dan visi kerajaan tidak akan tercapai.

Faktor utama yang paling penting di dalam sesebuah parti dan kerajaan adalah, menjalankan tugas yang diamanahkan dan kejujuran di dalam menjalankan tugas amat penting . Menurut Anthony, dimana-mana konvensyen yang beliau hadiri, perkara yang sama akan diperingatkan kepada akar umbi dan perwakilan parti. Beliau tidak mahu mendengar lagi sebarang rungutan Ahli Majlis tidak boleh berkerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Majlis tidak boleh berkerjasama dengan Ketua Kampung. Jika perkara seperti itu terus berlaku dipersilakan letak jawatan atau berdepan dengan pemecatan.

Di dalam parti mahupun kerajaan, sikap toleransi perlu ada jika tidak ia akan menjadi satu penyakit dan perkara negetif akan menular ke dalam parti. Semua pihak walau apapun jawatan dalam parti mesti ada semangat kerjasama dan tiada ada gejala tikam belakang. Setiap ahli perlu membawa budaya politik yang baik dan beri kesejahteraan kepada rakyat supaya mereka menyokong parti dan kerajaan kita.

Setiap kawasan yang kita menang ada berpuluh ahli majlis dan ketua kampung. Justeru saya minta ADUN-ADUN juga bertanggungjawab untuk bina hubungan dengan akar umbi. Kena ada pasukan yang baik dan mereka (ADUN) kena jumpa ahli majlis dan ketua kampung. Peruntukan juga mesti diagihkan dan diuruskan dengan baik, saksama dan adil kepada mana-mana tempat yang ada keperluan, peruntukan itu bukan wang kita.

Anthony berharap semua pihak boleh memberi kerjasama terutama dari segi peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan kepada wakil rakyat perlu diagihkan sama rata dengan tidak memilih dan mengikut budi bicara wakil rakyat sahaja dan diberi mengikut suka hati. Apa yang penting, beliau mahu melihat Selangor kuat dan maju.

Dalam sidang media selepas itu, Anthony menepis dakwaan diulang berkali-kali kononnya jika DAP lebih kuat maka terhakis kuasa politik orang Melayu serta partinya dapat melaksanakan persempadanan semula. Katanya, dakwaan yang sering diulang-ulangkan oleh Perikatan Nasional (PN) khususnya oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu adalah hujah yang tidak bertanggungjawab dan menipu.

DAP hanya ada empat wakil dalam kabinet daripada kabinet. Jadi, tidak munasabah dan tidak adil bagi beliau buat dakwaan kononnya DAP boleh menguasai dan buat segala keputusan. secara lojik macam mana dengan hanya 40 kerusi DAP boleh meminda perlembagaan. Meminda perlembagaan memerlukan 148 undi dalam Parlimen. DAP bertanding pun tak sampai 50 kerusi. Yang kedua, apa sahaja keputusan dalam Kabinet dan Jemaah Menteri, ia mesti berlandaskan suatu keputusan bersama dan kolektif.

#PrezCom

Artikal Berkaitan:

MARI BEKERJASAMA BANTU MANGSA BANJIR