
Kuala Lumpur, 27 November 2023, 3.32 petang – PERSATUAN Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menaikkan kenderaan import terpakai daripada 35,000 unit kepada 50,000 unit setahun, dengan mengekalkan fi import sebanyak RM10,000 setiap unit.
Presiden PEKEMA, Datuk Hj. Mohamed Nazari Bin Noordin, menyatakan bahawa peningkatan kenderaan import akan membawa faedah kepada semua pihak yang terlibat dalam industri kenderaan kereta import dan industri hiliran. Beliau yakin langkah tersebut akan dapat menambah penjanaan ekonomi melebihi dua bilion ringgit setiap tahun yang disumbangkan daripada industri kenderaan import.
Selain daripada itu ianya juga mendatangkan hasil fee import kenderaan kepada Miti dan pihak JKDM pula akan dapat kutipan hasil daripada duti import, duti eksais dan cukai jualan. Ianya juga akan menjana pendapatan kepada industri lain yang terlibat seperti perbankan, insurans, warranty kenderaan dan lain-lain.
Datuk Nazari menjelaskan, bahawa dasar kerajaan yang memperkenalkan Dasar AP Terbuka telah meningkatkan jumlah pemegang AP daripada 100 syarikat kepada 300 syarikat sehingga kini. Oleh itu, peruntukan AP sebanyak 35,000 setahun adalah tidak mencukupi untuk digunapakai oleh keseluruhan ahli PEKEMA.
”Saya amatlah berharap agar MITI dapat meluluskan permohonan untuk menambahkan kenderaan import terpakai sebanyak 15,000 unit kepada 50,000 unit setahun agar dapat memberi ruang yang lebih besar bagi pertumbuhan dalam pasaran kenderaan negara kereta . Dari segi peratusan jualan ianya hanya 6.8% daripada TIV sebanyak 725,000 oleh MAA untuk tahun 2023. Selain daripada itu tidak semua kenderaan ahli PEKEMA dapat dijual pada tahun kemasukan kenderaan tersebut.

Datuk Nazari berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA KE-42 yang berlangsung di KLCC, di sini. Sementara itu, Datuk Hj. Zainuddin Bin Abd Rahman yang telah memimpin PEKEMA lebih dari satu dekad mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada jawatan Presiden PEKEMA. Keputusan itu dibuat demi membuka peluang kepada pemimpin baharu untuk mengambil alih tampuk kepemimpinan dalam persatuan ini.
Selain penstrukturan kepimpinan, PEKEMA juga telah melantik muka-muka baharu untuk jawatan Timbalan Presiden dan ahli jawatankuasa PEKEMA pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA KE-42 tahun ini.Dalam pada itu, atas dasar kemanusiaan dan kepekaan terhadap nasib r rakyat Palestin, PEKEMA telah menyumbang sebanyak RM100,000 kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Sumbangan tersebut dibuat sebagai tanda solidariti serta semangat kemanusiaan PEKEMA terhadap perjuangan rakyat Palestin, selain membantu mengurangkan penderitaan mereka yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza.
“Ia juga merupakan manifestasi sokongan dan solidariti PEKEMA bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam usaha membantu misi kemanusiaan atas dasar ihsan, sekali gus memupuk semangat Malaysia MADANI yang menyokong keamanan sejagat,” ulas Datuk Nazari. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada Yang Berhormat Mulia Senator, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), yang turut merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA Ke-42, pada hari ini.
#PrezCom
Lebih banyak artikal di sini
Kerjasama Google & Malaysia Mencipta Peluang Kemahiran Bagi 300,000 Pada 2026.