Kuala Lumpur, 26 November 2023, 2.00 petang – Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberitahu akan memikul tanggungjawab itu bagi tempoh satu penggal lagi, setelah dipujuk isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Beliau akan mengekekalkan satu penggal lagi sebagai Presiden BERSATU disebabkan parti tersebut tidak begitu kuat bertapak lagi di dalam arena politik Malaysia dan masih lagi memerlukan kepimpinannya. Menurut Mahyuddin lagi, kuasa yang paling besar bukan perhimpunan agung, kuasa besar ialah isteri saya,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU semalam. Mahyuddin juga membuat keputusan itu di atas kehendak pemimpin BERSATU yang lain untuk bertanding jawatan presiden pada tahun depan.

Pengumuman oleh Ahli Parlimen Pagoh itu untuk mengundurkan diri dibuat ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Beliau berkata, masa untuknya mewariskan kepimpinan parti kepada barisan kepimpinan baharu telah pun tiba. Pengumuman Muhyiddin itu disambut dengan laungan daripada perwakilan yang meminta dia menarik balik keputusan tersebut. Turut kedengaran suara pengacara majlis meminta hadirin untuk bertenang dan duduk di kerusi masing-masing.

Untuk rekod, Bersatu atau PPBM ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Muhyiddin. Parti itu telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 14 Januari 2017 oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan Logo PPBM telah dibenar-pakai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sehari selepas kelulusan pendaftaran parti tersebut.

Tan Sri Mahiaddin Yasin juga dikenali sebagai Muhyiddin Yassin ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Beliau dilantik pada 29 Februari 2020 dan mengangkat sumpah pada 1 Mac 2020 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan secara mengejut pada 24 Februari 2020. Tan Sri Muhyiddin ialah Ahli Parlimen Pagoh, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Gambir, bekas Timbalan Presiden Pakatan Harapan dan pemangku Pengerusi of Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2021 selepas beliau menerima kritikan tentang cara pengendalian krisis Covid-19.

#PrezCom